Keputusan kewangan 2022 DNeX mencerminkan kejayaan pelaburan di dalam SilTerra dan Ping | DagangNews Skip to main content

Keputusan kewangan 2022 DNeX mencerminkan kejayaan pelaburan di dalam SilTerra dan Ping

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 6 Dis - Dagang NeXchange Berhad (DNeX) berjaya mencatatkan keuntungan seelaps cukai sebanyak  RM707.27 juta dengan hasil RM1.46 bilion bagi FY22.

 

Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pelaburan strategik kumpulan dalam SilTerra Malaysia Sdn Bhd dan Ping Petroleum Limited telah melonjakkan DNeX ke tahap yang lebih tinggi, didorong oleh kejayaan pemulihan di kilang wafer semikonduktor selain sumbangan berulang daripada pengendali minyak dan gas huluan.

 

Beliau berkata, segmen teknologi yang diterajui SilTerra, pengembangan kapasiti pengeluaran 10% yang dijadualkan siap pada 1HFY23 akan membolehkan mereka menambah lebih banyak kapasiti kepada pembuatan teknologi baru muncul untuk kemampanan jangka panjang.

 

"Usaha untuk meningkatkan pengeluaran pengeluaran di Kluster Ping Anasuria di Laut Utara, Uited Kingdom sedang dijalankan.

 

"Penyiapan pengembalian semula riser dan pemulihan penyelenggaraan utama dijangka meningkatkan kadar pengeluaran lapangan.

 

"Kami yakin perniagaan tenaga kami, akan terus berkembang sebagai syarikat yang diterajui Malaysia dan mengembangkan serta membuka potensi aset lain di UK dan rantau Asia Tenggara," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

dnex
Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir

 

Beliau berkata, dalam sektor IT, urus niaga National Single Window (NSW) telah berkembang berikutan penarikan sekatan COVID-19 dan trend itu berkemungkinan meningkat dalam beberapa bulan akan datang sejajar dengan perayaan bermusim.

 

Katanya, DNeX juga meluaskan kehadirannya ke pasaran serantau dan antarabangsa melalui kerjasama strategik dengan pengetua IT terkemuka dan syarikat multinasional.

 

"Ia meletakkan kami dalam kedudukan yang unik bagi memanfaatkan peralihan global dan kami juga menyedari halangan luar seperti konflik Rusia-Ukraine yang berterusan, inflasi yang meningkat, pertumbuhan global yang lebih lemah daripada jangkaan, ketegangan geopolitik serta gangguan rantaian bekalan yang berpanjangan," katanya. - DagangNews.com