Kerjasama Digi Business, TNG Digital pacu pertumbuhan digital PMKS | DagangNews Skip to main content

Kerjasama Digi Business, TNG Digital pacu pertumbuhan digital PMKS

Kerjasama Digi Business, TNG Digital pacu pertumbuhan digital PMKS


Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 10 Mac. - Digi Business dan syarikat yang diasaskan oleh Touch ‘n Go Sdn. Bhd., TNG Digital Sdn. Bhd. (TNGD) berganding bahu membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam usaha pendigitalan serta pengembangan perniagaan.

 

Kedua-dua syarikat berkenaan bekerjasama menyediakan kemudahan rangkaian penyelesaian digital penting yang serba lengkap, sambungan berterusan dan e-dompet kepada PMKS. 

 

Ketua Pegawai Perniagaan Digi, Eugene Teh berkata, sebuah ekosistem digital yang mampan buat PKS haruslah mempunyai akses ke sambungan rangkaian yang laju dan selamat, penyelesaian dan alat digital yang relevan dengan nilai terhebat, serta platform e-dompet yang mudah digunakan untuk melancarkan transaksi perniagaan dalam talian.

 

"Melalui kerjasama ini, Digi Business dan TNG Digital dapat menggunakan kepakaran masing-masing dalam menyediakan pakej yang menyeluruh demi kebaikan PMKS. 

 

"Di samping itu, kerjasama ini juga mengukuhkan lagi komitmen Digi Business untuk menjadi rakan digital yang dipercayai PMKS," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

2020 menjadi bukti kepada kepentingan digitalisasi dalam kelangsungan sesebuah perniagaan.

 

Menyambut revolusi berkenaan, Digi Business mengambil pendekatan kolaboratif dengan menawarkan faedah tambahan daripada TNG Digital dalam membantu PMKS.

 

Berkongsi komitmen yang sama untuk membantu PMKS berkembang maju dalam ekonomi digital, TNG Digital yang berperanan sebagai pendorong pembentukan masyarakat tanpa tunai, telah menggerakkan banyak inisiatif secara aktif demi menggalakkan peniaga PMKS menggunakan pelbagai platform pembayaran agar kekal kompetitif.

 

Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital, Ignatius Ong memberitahu, pihaknya berbesar hati dapat bekerjasama dengan Digi Business dalam membawakan penyelesaian yang mampu membangunkan dan meluaskan sesebuah perniagaan, dengan memanfaatkan lebih daripada 15 juta pangkalan data pengguna.

 

"Touch ‘n Go eWallet adalah jenama yang sudah sebati dalam kehidupan harian rakyat Malaysia.

 

"Oleh itu, kami akan pastikan yang kami sentiasa melangkah ke hadapan bersama rakyat dalam mendepani era digitalisasi dengan mendukung perkembangan PMKS dan menjadikan peningkatan ekonomi sebagai fokus utama kami menerusi penyelesaian yang mudah serta berimpak tinggi," ujarnya.

 

Kerjasama tersebut juga berada di landasan tepat seiring dengan matlamat Malaysia untuk menjadi negara ekonomi digital sepenuhnya, dengan sasaran kerajaan membantu 875,000 PMKS beralih ke digital melalui e-dagang. 

 


Kerjasama demi masa hadapan digital

Digi Business dan TNG Digital dalam satu kenyataan bersama memberitahu, pelanggan Digi Business yang memilih untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan Touch ‘n Go eWallet akan dipaparkan di saluran pemasaran digital Touch ‘n Go eWallet yang mampu melonjakkan perhatian terhadap perniagaan mereka.

 

Selain itu, setiap peniaga yang berjaya mendaftar sebagai rakan niaga TNG dan menggunakan produk Digi Penjana juga akan menerima PIN tambah nilai Touch ‘n Go eWallet bernilai RM50 daripada Digi Business.

 

.

 

Dalam masa yang sama, peniaga berkenaan turut menerima kit permulaan perniagaan percuma daripada TNG Digital untuk memulakan dan memajukan perniagaan dalam perjalanan digitalisasi.

 

"Bagi peniaga Touch 'n Go eWallet yang memilih menggunakan Digi Business, pelan perniagaan semua dalam satu, untuk kekal berhubung di tempat kerja atau di mana sahaja, mereka akan menikmati potongan sehingga 30% daripada bil mereka dan boleh mendapatkan hingga RM6,000 daripada Geran Digitalisasi PKS Penjana. 

 

Daftar minimum 3 talian dan dapatkan salah satu rangkaian penyelesaian digital di atas secara percuma.
Daftar minimum 3 talian dan dapatkan salah satu rangkaian penyelesaian digital di atas secara percuma.

 

"Digi Business akan bertindak sebagai pusat pemprosesan sehenti dengan memproses permohonan dari awal hingga akhir, untuk memudahkan urusan supaya pelanggan dapat menumpukan perhatian pada operasi perniagaan mereka.

 

"Pelanggan hanya perlu suai padan 3 hingga 5 talian daripada pelan Digi Business Pascabayar, Fiber atau WiFi untuk menikmati penjimatan dan mendapatkan sama ada pakej Digital Marketing (merangkumi AVANA Social Commerce dan dSMS) atau pakej Digital Productivity (merangkumi talian utama pejabat maya Omni dan sistem pengurusan sumber manusia altHR) secara percuma bagi melayakkan mereka menerima geran Penjana," jelas  Digi Business dan TNG Digital. - DagangNews.com