Kerugian Sapura Energy diunjur meningkat sebanyak 6% pada FY25 kesan kos operasi tinggi | DagangNews Skip to main content

Kerugian Sapura Energy diunjur meningkat sebanyak 6% pada FY25 kesan kos operasi tinggi

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 26 Mac - Kerugian Sapura Energy Bhd diunjur meningkat sebanyak 6% pada FY25 kesan daripada kos operasi yang tinggi.

 

RHB Investment kekal berhati-hati terhadap segmen kejuruteraan dan pembinaan kerana tiada sebarang kontrak baharu diumumkan membuatkan buku pesanannya menyusut sebanyak 7% dari suku tahun ke suku tahun kepada RM5 bilion pada 4QFY24.

 

Katanya, penambahan buku pesanan kekal cabaran terbesarnya memandangkan akses terhad kepada jaminan bank dan modal kerja.


"Segmen penggerudian dijangka memberikan prestasi yang stabil, kerana 10 daripada 11 pelantar berada di bawah kontrak sewa," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Kerugian bersih Sapura Energy mengecil kepada RM728 juta pada 4QFY24

 

Terdahulu, pendapatan kumpulan pada suku berakhir 31 Januari 2024 itu menurun 13% kepada RM1.06 bilion berbanding RM1.2 bilion dalam tempoh sama tahun sebelumnya, dengan kerugian sesaham menguncup kepada 4.33 sen daripada 20.38 sen sebelumnya.

 

Secara keseluruhan, Sapura Energy mencatat kerugian bersih RM508.7 juta bagi tahun kewangan 2024 (FY24), mengecil daripada kerugian bersih RM3.16 bilion tahun sebelumnya.

 

Pendapatan FY24 pula merosot 6.5% kepada RM4.26 bilion daripada RM4.55 bilion tahun sebelumnya.

 

 

RHB Investment berkata, kerugian teras kumpulan itu sebanyak RM980 juta pada FY24 adalah di bawah jangkaan kesan daripada margin yang lebih lemah.

 

Katanya, secara kumulatif, kerugian teras Sapura Energy pada FY24 meningkat sebanyak 4.7x dari tahun ke tahun kesan daripada sumbangan yang lemah daripada ketia-tiga segmen utama.

 

"Kami mengekalkan saranan 'jual' dengan harga sasaran 2 sen sesaham," katanya. - DagangNews.com