Kerugian teras bersih RM23.5 juta Hiap Teck Venture berada dalam jangkaan HLIB | DagangNews Skip to main content

Kerugian teras bersih RM23.5 juta Hiap Teck Venture berada dalam jangkaan HLIB

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 16 Dis - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research menganggap kerugian teras bersih Hiap Teck Venture Berhad sebanyak RM23.5 juta bagi 1QFY23 adalah selaras dengan unjuran firma itu.

 

Firma itu menjangkakan, prestasi kumpulan bertambah baik pada suku berikutnya kesan daripada peningkatan keuntungan.

 

Firma itu percaya bahan mentah kumpulan itu diperoleh pada harga tinggi akan habis.

 

"Kerugian bersih teras sebanyak RM23.5 juta pada 1QFY23 diraih selepas kumpulan itu melaraskan nilai invesntori sebanyak RM27.4 juta, keuntungan pelupusan RM800,000 dan keuntungan tukaran mata wang asing yang belum direalisasi sebanyak RM1 juta," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, walaupun margin keuntungan mungkin pulih bermula 2QFY23 (apabila input yang diperoleh pada kos yang tinggi telah habis) namun permintaan dijangka kekal lemah disebabkan faktor bermusim (kerana permintaan untuk produk keluli biasanya perlahan pada Tahun Baharu Cina).

 

Katanya, pihaknya percaya peningkatan lebih bermakna dalam prestasi hanya akan berlaku dari 2HFY23 dan seterusnya.

 

"Walaupun persekitaran operasi kekal mencabar kesan daripada pertumbuhan ekonomi global yang lemah, konflik geopolitik dan gangguan rantaian bekalan menjadikan pengurusan lebih positif terhadap prospeknya memandangkan landskap politik yang stabil dan lebih fokus pada ekonomi selain kadar inflasi yang stabil," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' denga harga sasaran (TP) tidak berubah sebanyak 33 sen sesaham. - DagangNews.com