KFC perkenal empat pilihan Burger Banjir baharu | DagangNews Skip to main content

KFC perkenal empat pilihan Burger Banjir baharu

KUALA LUMPUR 21 Julai – KFC Malaysia melancarkan KFC Burger Banjir baharu di dalam keluarga Zinger Hot & Spicy yang terkenalnya.

 

Menurut KFC Malaysia, pihaknya menggunakan suatu teknik kulinari berani dan baharu - dengan menenggelamkannya ke dalam Sos BBQ Salai yang kemudian, dilengkapi dengan lapisan mayonis dan salad cincang segar, lalu diapit dengan kepingan ban bijan.

 

Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Chan May Ling berkata, burger meleleh-leleh dengan sos barbeku yang menyelerakan ini dicipta khas untuk melanggar setiap peraturan dalam etika makan.

 

“Lepaskan segalanya dan jangan risau untuk comot dengan KFC Burger  Banjir baharu ini! Burger smoky lazat ini pasti memberikan anda nikmat Zinger rangup dengan setiap gigitan comot,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Boleh didapati secara eksklusif di restoran KFC seluruh negara untuk waktu terhad dan sementara stok masih ada. Kecuali Sabah hanya akan ada bermula 28 Julai ini.

 

KFC Burger Banjir baharu ini dilancarkan esok bermula RM12.49 (kecuali Sabah pada 28 Julai) dalam beberapa pilihan: (1) A la Carte, (2) Kombo, (3) Box Meal, dan (4) Kombo Aneka yang mengandungi 2 KFC Burger Banjir, 6-ketul nuget dan Cheezy Wedges (R).

 

Menurut KFC lagi, pelanggan boleh mendapatkan diskaun 10% apabila menggunakan kod promo: BANJIR, ekslusif di KFC Delivery dan aplikasi.

 

“Nikmati KFC tanpa risau kerana kami mematuhi piawaian kebersihan dan kualiti tertinggi mengikut garis panduan dan SOP ketat untuk anda menikmati hidangan-hidangan sedap hingga menjilat jari,” kata KFC. – DagangNews.com