KUALA LUMPUR 5 Okt – Ayam goreng Hot & Spicy signature KFC yang disediakan segar setiap hari dan sememangnya rangup kini diolah salai dengan inovasi menu terbaharu, KFC Spicy Smoky Crunch!
Diinspirasikan dari espetadas – hidangan tradisi Portugis yang terkenal dengan rasa salai sempurna, KFC Spicy Smoky Crunch ini menawarkan rasa salai Portugis dengan kehangatan ekstra, tetapi dengan kerangupan yang sedap hingga menjilat jari!
Gabungan herba dan rempah ratus Portugis seperti paprika salai, lada benggala merah, bawang putih, lada hitam, dan serbuk tomato, bercampur dengan satu-satunya perasa Hot & Spicy ikonik ini pastinya menghasilkan pengalaman menjamu selera yang penuh nikmat, dalam setiap gigitan rangup!
Untuk pengalaman menyeluruh, cuba pencuci mulut terbaharu ini – KFC Banana Chocolate Ball.
Kemanisan inti coklat dengan ketulan pisang sebenar yang disaluti bebola emas rangup, menjadikan ianya sesuai dinikmati selepas hidangan salai dan pedas.
“Sebagai salah satu jenama yang disukai rakyat Malaysia, kami sentiasa memastikan ayam goreng kami sentiasa memenuhi selera anda melalui penawaran inovatif waktu terhad.
"Kali ini, anda bakal menikmati pengalaman salai yang sedap hingga menjilat jari dengan KFC Spicy Smoky Crunch baharu yang ditawarkan dengan beberapa kombo nilai yang pasti memuaskan,” kata Chan May Ling, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.
KFC Spicy Smoky Crunch dan KFC Banana Chocolate Ball boleh didapati di restoran KFC seluruh negara bermula esok.
Spicy Smoky Crunch bermula RM17.49 dengan pilihan: (1) Kombo 2-ketul, (2) Kombo 3- ketul, dan (3) Box Meal.
Sementara itu, anda boleh mendapatkan Banana Chocolate Ball 5-ketul secara à la carte atau bersama Kombo Wow Bucket 6-ketul, 10-ketul, dan 12-ketul.
Dapatkannya di restoran, pandu lalu, Delivery, dan Self Collect. Layari www.KFC.com.my atau muat turun aplikasi KFC untuk membuat pesanan. - DagangNews.com