Kimlun raih kontrak pembinaan kediaman bertingkat bernilai RM234 juta di Shah Alam | DagangNews Skip to main content

Kimlun raih kontrak pembinaan kediaman bertingkat bernilai RM234 juta di Shah Alam

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 4 Jun - Kimlun Corp Bhd menerusi Kimlun Sdn Bhd meraih kontrak bernilai RM234.27 juta di Shah Alam.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, mereka menerima kontrak pembinaan daripada Saujana Development Sdn Bhd bagi pembangunan kediaman bertingkat di Seksyen U2, Shah Alam.

 

"Kerja pembinaan itu dijangka siap pada suku ketiga 2026," katanya.

 

Projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan sepanjang tempoh kontrak.

 

Tiada pengarah dan/atau pemegang saham utama syarikat atau orang yang berkaitan mempunyai sebarang kepentingan, secara langsung atau tidak langsung, dalam kontrak tersebut. - DagangNews.com