KL Startup Summit 2021 bantu syarikat baru bermula di peringkat awal | DagangNews Skip to main content

KL Startup Summit 2021 bantu syarikat baru bermula di peringkat awal

KUALA LUMPUR 17 Mac - Selepas dua edisi Cyberjaya Startup Summit pada 2018 dan 2019, organisasi yang sama ingin membawakan khas kepada anda, KL Startup Summit 2021. Acara ini akan diadakan dari 26 hingga 28 Mac 2021.

 

Memandangkan pandemik COVID-19 sedang menular, acara ini akan diadakan dalam bentuk maya sepenuhnya. Acara maya ini dibawa kepada anda dengan sokongan Microsoft Malaysia sebagai penaja utama tahun ini. Turut serta menaja KLSS ialah Stripe, MaGIC, MDEC, Xero, Ampersand Agency, Finnext Capital, ipaymy, Tuas Capital Partners dan The Hive Southeast Asia.

 

Menurut Pengarah KLSS, Inbaraj Suppiah, “Sidang ini berorientasikan tindakan dan semua rakan kongsi komited untuk bergabung tenaga dalam menyediakan sumber untuk pembangunan ekosistem syarikat baru bermula di Malaysia. Kami juga berterima kasih kerana Microsoft Malaysia telah menunjukkan sokongan padu demi ekosistem syarikat baru bermula di negara ini.

 

inbaraj
Inbaraj Suppiah

 

“Syarikat baru bermula memainkan peranan penting untuk kelangsungan ekonomi sebagai penggerak inovasi dan memulakan sesuatu yang baru. Kami tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripada KL Startup Summit, memberi ruang kepada syarikat baru bermula untuk meninggalkan impak yang hebat dalam pasaran dan menjadi pemandu inovasi digital di ASEAN. Kami amat berbesar hati dapat berganding bahu bersama pengasas lain, demi membantu mereka untuk mencapai lebih banyak kejayaan di masa hadapan,” kata K Raman, Pengarah Urusan Microsoft Malaysia.

 

Tujuan utama sidang ini ialah untuk menyokong dan meembantu ekosistem syarikat baru bermula di peringkat awal dan mewujudkan peluang untuk pengasas peringkat awal untuk membina dan membesarkan lagi syarikat baru bermula mereka. Tema KL Startup Summit 2021 kali ini ialah, “Talk Less, Do More”. Sememangnya tema yang akan menarik perhatian ramai dengan pelbagai aktiviti yang boleh disertai sepanjang 3 hari itu.

 

Startup summit ini akan memfokus kepada pengasas syarikat baru bermula di peringkat awal yang mana matlamat utama adalah untuk memberi inspirasi kepada pengasas baru dan mereka yang bercita-cita untuk menjadi usahawan syarikat baru bermula, dan pada masa yang sama membantu mereka mengenali pelabur, mentor, ahli korporat dan rakan kongsi lain.

 

volatiliti

 

KLSS 2021 akan berlangsung dengan pelbagai bual bicara, diskusi interaktif dan panel diskusi. Tidak dilupai, sebuah siri untuk bengkel masterclass oleh pengasas syarikat baru bermula yang berjaya, pembangun ekosistem, pelabur, ahli korporat dan juga rakan kongsi kerajaan.

 

Bukan setakat itu, sidang ini akan diadakan dengan beberapa trek bertema. Antaranya ialah HealthTech, LawTech, FinTech, Blockhain, MobilityTech dan EdTech dengan pelbagai rakan kongsi seperti DoctorOnCall, Fintech Association of Malaysia (FAOM), Blocklime, Access Blockchain Association, SOCAR Malaysia, Forward School dan ramai lagi dari ekosistem syarikat pemula.

 

Acara KL Startup Summit 2021 akan bermula dengan Microsoft Developers Day pada 26 Mac 2021. Microsoft Developers Day ini ialah sebuah persidangan Developers dengan kelainan yang dibawa khas oleh Microsoft Malaysia. Program maya ini akan membawa ramai  tokoh industri, tokoh komuniti, pemilik perniagaan dan pembangun perisian yang akan memberi inspirasi dan berkongsi ilmu dengan anda, pemacu masa hadapan.

 

awaw

 

Microsoft Developers Day terbuka dan percuma kepada semua pemaju, CEO, CIO, pakar IT, pelajar syarikat baru bermula, tenaga pengajar dan rakan kongsi. Program ini juga terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang teknologi terkini dan bagaimana ia boleh memajukan anda.

 

Pada 2019, Cyberjaya Startup Summit telah mengadakan sebuah sesi pitching tertutup antara syarikat baru bermula terpilih dan pelabur. Untuk KL Startup Summit, pihak penganjur akan mengadakan sebuah acara ala “Shark Tank” untuk meraih dana secara langsung, dengan kerjasama STARTFUND. Pihak penganjur sudah menyediakan para pelabur yang terkemuka untuk membantu syarikat baru bermula di peringkat awal.

 

KL Startup Summit 2021 berazam untuk memberi impak yang besar kepada ekosistem syarikat baru bermula peringkat awal. Memandangkan program maya ini mendapat sokongan pelbagai penaja dan rakan kongsi, ia sekarang PERCUMA untuk semua syarikat baru bermula.

 

Namun, anda masih boleh mendapatkan Swag Kit dengan tiket RM50, manakala ahli korporat dan rakan kongsi boleh membeli tiket dengan harga RM300. Tiket boleh didapati di laman web KLSS 2021.

 

Untuk maklumat lanjut tentang program ini, layari www.klstartupsummit.com atau dapatkan tiket anda di https://klss2021.peatix.com dan https://msdevelopersday.peatix.com- DagangNews.com