Kontrak FPSO Agogo di Angola adalah selaras dengan jangkaan CGS-CIMB | DagangNews Skip to main content

Kontrak FPSO Agogo di Angola adalah selaras dengan jangkaan CGS-CIMB

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 6 Dis - Kontrak awal penyediaan, operasi dan penyelenggaraan aset terapung, pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan (FPSO) Agogo di Angola adalah selaras dengan jangkaan CGS-CIMB Research yang Yinson akan menerima projek itu daripada Eni Angola S.p.A.

 

Firma itu menjangkakan, Agogo itu akan meningkatkan nilai SOP Yinson antara 70 sen hinggan RM1 sesaham berdasarkan kepada beberapa anggara termasuk  modal projek sebanyak US$1.3 bilion (RM5.7 bilion) dengan dengan pembiayaan pendahuluan pembekal sebanyak AS$500 juta (RM2.19 bilion) (yang mana AS$218 juta (RM955 juta) telah diperolehi).

 

Katanya,sejumlah 70% pembiayaan hutang untuk baki belanjawan, 30% kepentingan minoriti dipegang oleh rakan kongsi strategik, tempoh piagam masa yang kukuh selama 15 tahun ditambah lima tahun pilihan bernilai antara AS$6 bilion (RMRM26.29 bilion) dan AS$7 bilion (RM30.67 bilion) untuk keseluruhan 20 tahun.

 

Firma itu berkata, penghantaran projek kepada Eni pada lewat-CY25 dan minyak pertama pada pertengahan CY26 (Eni dan Yinson mempunyai sasaran yang lebih agresif untuk mencapai minyak pertama menjelang akhir-CY25).

 

"Kami menganggarkan bahawa IRR projek Agogo adalah antara 23% dan 28%, jauh lebih tinggi daripada 15-16% untuk projek Anna Nery dan Maria Quiteria FPSO untuk Petrobras, disebabkan pembiayaan modal awal daripada Eni," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

BACA JUGA: Yinson tandatangani perjanjian FPSO di Angola bernilai RM956 juta 

 

Terdahulu, Yinson Production (YP) melalui anak syarikat milik penuhnya, Yinson Azalea Production Pte. Ltd., telah memeterai perjanjian untuk aktiviti awal (APA) dengan Azule Energy melalui anak syarikat milik penuhnya Eni Angola S.p.A. bagi projek FPSO pembangunan Hab Barat Bersepadu Agogo di Angola.

 

Dalam perkembangan berasingan firma itu berkata, FPSO Anna Nery sudah berada di lokasi luar pesisir Brazil, telah mendapat penerimaan sementara oleh pelanggan dan akan menerima pendapatan sewa sewa mulai Januari 2023.

 

"Kami menganggarkan permulaan FPSO Anna Nery akan menghasilkan lebih daripada dua kali ganda keuntungan bersih teras Yinson kepada RM800 juta pada FY24 iaitu 20% lebih tinggi daripada konsensus Bloomberg mencerminkan bukan sahaja pendapatan sewa sewa daripada Anna Nery, tetapi juga keuntungan pembinaan daripada projek Maria Quiteria dan Atlanta FPSO," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'tambah' dengan harga sasaran (TP) lebih tinggi RM3.55 sesaham. - DagangNews.com