Kontrak perkhidmatan sokongan IT pacu peningkatan buku pesanan Infomina kepada RM433.1 juta - BIMB Securities | DagangNews Skip to main content

Kontrak perkhidmatan sokongan IT pacu peningkatan buku pesanan Infomina kepada RM433.1 juta - BIMB Securities

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 25 Jun - BIMB Securities Research menjangkakan kontrak perkhidmatan sokongan teknologi maklumat (IT) yang diperoleh Infomina Bhd daripada bank di Thailand akan meningkatkan buku pesanan sedia ada kumpulan itu sebanyak 14.1% kepada RM433.1 juta.

 

Firma penyelidikan itu percaya, segmen itu akan mengekalkan margin kasar sebanyak 30% untuk beberapa tahun akan datang.

 

Katanya, selain itu, sumbangan daripada perkhidmatan kewangan dijangka kekal kukuh berikutan pembaharuan kontrak baru-baru ini.

 

"Sehingga 9MFY24, pecahan hasil bagi institusi perkhidmatan kewangan berjumlah 52.1%," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Infomina peroleh kontrak bernilai RM53.6 juta bagi perkhidmatan sokongan IT daripada bank di Thailand

 

Terdahulu, kumpulan tu menerusi anak syarikatnya, Infomina (Thailand) Co Ltd akan menyediakan aplikasi teknologi, operasi infrastruktur, penyelenggaraan dan perkhidmatan sokongan bagi memnuhi keperluan kontrak yang diraih.

 

Bagaimanapun kumpulan itu tidak mendedahkan penerima khusus perkhidmatan itu, hanya menyebut bahawa ia adalah sebuah bank di Thailand.

 

BIMB Securities berkata, tiada pelarasan baharu dibuat pada unjuran pendapatan FY24-25F, kerana ia sudah mengambil kira andaian buku pesanan sedia ada.

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM1.78 sesaham.- DagangNews.com