Kota Kinabalu, Semporna antara bandar tumpuan pelancong sempena cuti Hari Pekerja - Trip.com | DagangNews Skip to main content

Kota Kinabalu, Semporna antara bandar tumpuan pelancong sempena cuti Hari Pekerja - Trip.com

Taman Laut Tun Sakaran yang terletak di Semporna Sabah menjadi antara tumpuan pelancong sempena cuti Hari Pekerja.
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 30 April - Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Langkawi dan Semporna merupakan antara bandar yang menjadi tumpuan pelancong sempena cuti Hari Pekerja.

 

Data Trip.com menunjukkan bahawa sesetengah pelancong mengambil cuti panjang bermula 1 hingga 5 Mei 2024 bagi menikmati masa rehat yang lebih panjang.

 

Data itu juga menunjukkan, Tawau merupakan antara lima bandar paling popular untuk pengembara China dan ia merupakan kawasan pengeluar koko ketiga terbesar dunia yang menawarkan pengalaman yang menarik.

 

"Lokasi paling popular bagi tempoh percutia ini adalah Pulau Mataking dan Pulau Mabul, Menara Berkembar Petronas dan The Stadthuys.

 

"Ia menunjukkan  kepelbagaian pilihan pelancong yang terdiri daripada aktiviti skuba di Sabah hingga kepada menyaksikan landskap bandar serba moden di Kuala Lumpur dan menyelami warisan kebudayaan di Malaka," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Sementara itu, Pengurus Besar Trip.com Malaysia, Stephane Thong berkata, pelancong yang hadir ke Malaysia adalah untuk mencari pengalaman unik seperti pelancongan sejarah dan pantai.

 

"Malaysia berada di kedudukan yang baik untuk memanfaatkan masa percutian seperti Hari Pekerja kerana kami menawarkan pelbagai pilihan pelacongan yang boleh ditempah di platform Trip.com.

 

"Kami gembira untuk menunjukkan keindahan Malaysia kepada dunia menerusi kempen yang baru dilancarkan iaitu Super SEA," katanya. - DagangNews.com