KPM mahu hentikan pemeriksaan haid secara fizikal di sekolah | DagangNews Skip to main content

KPM mahu hentikan pemeriksaan haid secara fizikal di sekolah

 

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin bertindak mengadakan lawatan mengejut selepas menerima maklumat berhubung pemeriksaan haid secara fizikal dalam kalangan murid perempuan di sebuah sekolah di Setapak sejurus tiba dari Kuching.

 

Beliau mengadakan lawatan itu bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM), Datuk Yusran Shah Mohd. Yusof dan Ketua Pengarah Pendidikan, Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid.

 

Ketanya, pihaknya sentiasa komited untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa di sekolah dan asrama bagi mewujudkan sekolah yang sejahtera untuk semua. 

 

"Saya memandang serius dakwaan berhubung perkara tersebut dan komited memastikan ia tidak terus berlaku.
 

"Kedatangan saya pada malam ini adalah untuk mendengar dan mendapatkan maklum balas secara terus daripada murid di sekolah berkenaan.
 

"Selain itu, kami juga mendengar penjelasan daripada pengetua dan guru sekolah. 

 

"Kami akan perhalusi perkara-perkara yang dimaklumkan semasa perjumpaan ini," katanya menerusi laman Facebook rasminya.-DagangNews.com