Kriteria sebagai `penerima lengkap vaksin' | DagangNews Skip to main content

Kriteria sebagai `penerima lengkap vaksin'

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan seseorang individu hanya akan diiktiraf menerima vaksinasi lengkap apabila memenuhi kriteria yang ditetapkan, berdasarkan jenis vaksin yang diterima.

 

Perdana Menteri berkata, bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan iaitu Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac, individu berkenaan perlu melepasi hari ke-14 daripada tarikh suntikan dos kedua.

 

"Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan iaitu Johnson & Johnson dan CanSino, individu berkenaan mestilah sudah melepasi hari ke-28 daripada tarikh suntikan," katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika membuat pengumuman khas mengenai kemudahan bagi individu yang sudah menerima vaksin lengkap, yang disiarkan di stesen televisyen, hari ini. - DagangNews.com