Lebih 20 produk berasaskan rotan di Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia | DagangNews Skip to main content

Lebih 20 produk berasaskan rotan di Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LAMPUR 12 Dis - Orang ramai berpeluang mendapatkan lebih 20 rekaan kraftangan berasaskan rotan yang di bawa dari Sarawak bersempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) yang sedang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

 

Usahawan Noraini Danan berkata, produk berkenaan dihasilkan sepenuhnya oleh masyarakat tempatan Sarawak menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi.

 

Beliau berkata, produk berkenaan boleh didapati pada harga serendah RM50 hingga RM550.

 

“Saya bawa kraftangan seperti bag, alat muzik, alatan dapur, mangkuk tingkat dan cenderahati.

 

"Produk terlaris sepanjang saya berada di sini adalah beg rotan yang berharga RM550 dan ia sememangnya memiliki keunikan tersendiri," katanya.

 

Mengulas mengenai perniagaannya, Noraini atau lebih mesra dengan panggilan Nina Craft berkata, pihaknya kadang kala tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan terutamanya dari luar negara.

 

kraf

 

“Biasanya pelancong dari China, Jepun dan Korea Selatan yang beli produk kraftangan ini…mereka ada guna untuk aktiviti haria  mereka,” katanya.

 

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya juga berhadapan dengan persaingan daripada peniaga dalam talian di luar yang menghasilkan produk yang hampir sama dengan menggunakan plastik.

 

keje

 

Katanya, jika dilihat ia tidak banyak beza dengan produk asli yang diperbuat dari rotan.

 

"Saya lebih gemar menjual secara berdepan berbanding dalam talian kerana pembeli dapat melihat sendiri kualiti produk yang ingin dibeli.

 

beg

 

"Apa yang boleh saya katakan, produk yang dihasilkan mengunakan plastik tidak akan tahan lama berbanding rotan," katanya. - DagangNews.com