Lebih 4,300 sertai larian amal Toyota Outrun 2023 untuk Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia | DagangNews Skip to main content

Lebih 4,300 sertai larian amal Toyota Outrun 2023 untuk Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia

KUALA LUMPUR 17 Jan – Selepas 4 tahun, UMW Toyota Motor berjaya menganjurkan acara larian Toyota OutRun 2023 yang kedua pada Ahad lepas di Dataran Merdeka, menyaksikan lebih 4,300 orang menyertainya.

 

Tema untuk Toyota OutRun 2023 ialah All for One, Run for All, selaras dengan wawasan baharu UMW Toyota Motor iaitu Move Your World.

 

Idea All for One, Run for All sebagai acara larian, yang dilihat sebagai sukan yang agak individualistik, sebagai sesuatu yang lebih kolektif. Setiap orang boleh mencabar kemampuan mereka sendiri apabila mereka berlari bersama dan memperkasakan pergerakan dalam kalangan semua masyarakat.


 

toyota

 

toyota

 


Start Your Impossible (SYI) ialah kempen yang menggalakkan semua orang mencabar diri mereka sendiri yang bermula sempena Olimpik Tokyo 2020.

 

Sebagai sebahagian daripada inisiatif, UMW Toyota Motor menganjurkan acara Toyota OutRun pertama mereka pada 2019 dengan lebih 3,000 peserta yang menderma untuk Majlis Paralimpik Malaysia.

 

Mengulas kejayaan acara itu, Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. berkata, pihaknya gembira melihat sambutan dan penyertaan yang menggalakkan, kali ini diadakan pada skala yang lebih besar berikutan kejayaan acara pertama pada 2019.

 

"Sebagai sebahagian daripada komitmen CSR kami, kami telah bekerjasama dengan Persatuan Kanser Kebangsaan
Malaysia (NCSM) untuk inisiatif tahun ini, di mana 100% daripada hasil pendaftaran, bernilai kira-kira RM170,000, akan disumbangkan kepada mereka,” kata beliau.


 

toyota

 

jana nick

 


Acara pada 15 Januari itu disusun mengikut kategori jarak iaitu larian 5km dan 10km, dengan Toyota mengadakan aktiviti sampingan menyeronokkan seperti perkampungan kereta lumba, serta bengkel konkrit dan tumbuhan. Para peserta turut dihiburkan dengan persembahan artis, De Fam, serta penampilan duta Toyota Yaris, Janna
Nick. - DagangNews.com