Lebih sebulan 'total lockdown', hari ini COVID-19 menggila cecah 9,180 | DagangNews Skip to main content

Lebih sebulan 'total lockdown', hari ini COVID-19 menggila cecah 9,180

COVID-19

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 9 Julai - Malaysia mencatatkan jumlah kes baharu COVID-19 yang tertinggi dalam sejarah negara iaitu sebanyak 9,180 kes.

 

Penularan wabak berkenaan terus menggila apabila melonjak berbanding kes tertinggi 9,020 kes yang pernah dicatatkan pada 29 Mei baru-baru ini.

 

Biarpun lebih sebulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau 'total lockdown' sejak 1 Jun lalu, penularan jangkitan wabak berkenaan bagaikan tiada kesudahan dan terus mengganas.

 

.

 

Bagi kes jangkitan baharu mengikut pecahan negeri, Selangor dan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi sebanyak 4,400 dan 1,271 kes.

 

Selangor kini diibaratkan sebagai 'kilang' wabak berkenaan apabila jumlah jangkitan terus meningkat berbanding 4,152 yang dicatatkan semalam.

 

.

 

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga turut mencatatkan peningkatan kepada 1,271 berbanding 1,133 kes semalam.

 

Kedudukan tersebut diikuti oleh Negeri Sembilan yang masih mencatatkan peningkatan sebanyak 899 kes hari ini.

 

Lain-lain negeri bagaimanapun mencatatkan jumlah kes jangkitan harian di bawah paras 500.

 

Hingga hari ini, jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID-19 di negara ini mencecah 817,838 kes. - DagangNews.com