LFE Corp raih kontrak bernilai RM11 juta bagi kerja-kerja tanah daripada Puncakcity Development | DagangNews Skip to main content

LFE Corp raih kontrak bernilai RM11 juta bagi kerja-kerja tanah daripada Puncakcity Development

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 7 Feb - LFE Corp Berhad menerusi LFE Engineering Sdn Bhd menerima kontrak bernilai RM10.96 juta daripada Puncakcity Development Sdn Bhd bagi kerja-kerja tanah dan kerja berkaitan bagi tempoh lapan bulan.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia bagaimanapun tidak memberi penjelasan lanjut berhubung kontrak tersebut.

 

"Kontrak tersebut bermula 7 Februari sehingga 6 Oktober 2024," katanya.

 

Katanya, kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dan sehingga tamat kontrak.

 

Kumpulan itu tidak menjangkakan sebarang risiko daripada kontrak tersebut selain risiko operasi biasa yang berkaitan dengan mereka akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk meminimumkannya.

 

Selain Pengerusi Eksekutif dan pemegang saham utama LFE iaitu Chuah Chong Ewe, tiada pengarah, pemegang saham atau orang yang berkaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan, secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak itu. - DagangNews.com