MAB perlu kemuka pelan strategik, kata Khazanah | DagangNews Skip to main content

MAB perlu kemuka pelan strategik, kata Khazanah

MAB

KUALA LUMPUR 8 Julai - Malaysia Airlines Bhd. (MAB) diminta untuk mengemukakan perancangan strategik syarikatnya dalam masa terdekat sebagai usaha untuk memulihkan prestasi kewangan akibat wabak COVID-19.

Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd., Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, pihaknya perlu mengetahui perancangan strategik daripada Malaysia Airlines bagi tujuan pemulihan prestasi syarikat tersebut.

"Memang ada tekanan masa kerana mereka perlu kemukakan perancangan tersebut secepat mungkin. Mereka harus fikir perancangan dan kemukakan perkara tersebut kepada pemegang saham.

"Kami akan lihat apa jenis bantuan yang dapat kami salurkan untuk tolong mereka dalam perancagan tersebut. Tetapi semuanya memerlukan sedikit masa untuk mendapatkan hasilnya," katanya seperti dipetik StarBiz.

Khazanah merupakan pemilik tunggal Malaysia Airlines selepas pengambilalihan sejak 2014.

Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd., Datuk Shahril Ridza Ridzuan
Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd., Datuk Shahril Ridza Ridzuan 

 

Tambah Shahril lagi, wabak COVID-19 yang melanda memberi tekanan kepada banyak pihak dalam merangka idea dan perancangan yang jelas di masa hadapan dari segi permintaan serta perjalanan.

"Situasi ini belum pernah terjadi kepada semua industri dan ini adalah cabaran untuk mengetahui bagaimana perubahan permintaan dalam kalangan pengguna untuk jangka masa panjang," katanya. - DagangNews.com