MAGGI rai ulang tahun ke-51 menerusi kempen SAH Malaysia | DagangNews Skip to main content

MAGGI rai ulang tahun ke-51 menerusi kempen SAH Malaysia

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 28 Okt - Mi MAGGI® meraikan 51 tahun detik bersejarah bersama rakyat Malaysia menerusi kempen MAGGI® SAH Malaysia yang dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-65 dan juga Hari Malaysia ke-59, baru-baru ini. 

 

Kempen ini mencapai kemuncaknya di pertandingan akhir dan pesta terbuka bagi meraikan acara terbesar MAGGI® pada tahun ini, bertempat di Malaysia Tourism Centre (MaTiC) yang juga merupakan sebuah mercu tanda seni bina yang bersejarah.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad, Juan Aranols, berkata, kempen MAGGI® SAH Malaysia yang bertemakan Kembara DuniaKu Bersama MAGGI® adalah untuk meraikan keenakan dan warisan masakan MAGGI® yang dicipta di rumah serta di kedai-kedai makan. 

 

Beliau berkata, kempen ini memberi pengiktirafan kepada kreativiti masakan di warung, gerai makan dan trak makanan di seluruh negara yang menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia.

 

“MAGGI® SAH Malaysia! yang kini memasuki tahun ketiga bertujuan untuk menyerlahkan keunikan budaya makanan Malaysia, meluangkan masa bersama-sama tanpa mengira latar belakang di kedai-kedai makan sambil menikmati hidangan MAGGI® kegemaran mereka. 

 

"Ramai pengusaha makanan mengalami kesan kejatuhan akibat penularan pandemik COVID-19 tetapi kini semakin ramai rakyat Malaysia mula makan di luar dan bersosial selepas keadaan kembali normal. Kempen ini adalah untuk meraikan keunikan hasil ciptaan Mi MAGGI® mereka yang viral," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

 

Pada majlis hari ini, plak penghargaan turut disampaikan kepada Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan Persatuan Pengusaha Restoran India, Malaysia (PRIMAS) sebagai pengiktirafan sumbangan dan usaha kedua-dua persatuan ini dalam mengawal selia dan menggiatkan semula perniagaan pengusaha makanan di Malaysia. 

 

 

maggi

 

 

Penghargaan ini juga turut diberikan untuk mengiktiraf sokongan yang diberikan oleh ahli mereka yang terdiri daripada lebih 4,500 dan 1,500 vendor masing-masing di PRESMA dan PRIMAS terhadap MAGGI®.     

 

Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestle (Malaysia) Berhad, Geetha Balakrishna berkata, MAGGI® SAH Malaysia! adalah satu perayaan untuk menghargai hubungan MAGGI®  bersama rakyat Malaysia yang sudah lama terjalin.   

 

 

maggi

 

 

“Selaras dengan semangat “Anda dan MAGGI®, Sajikan Kelainan”, kami berhasrat untuk memberi inspirasi dan menggalakkan rakyat Malaysia membuat perubahan melalui masakan sama ada untuk diri mereka sendiri, untuk orang tersayang di rumah atau untuk mengekalkan perniagaan makanan mereka melalui penciptaan dan detik-detik penemuan hidangan MAGGI® yang dapat menarik perhatian pelanggan," katanya.

 

Dalam pada itu, Melalui travelog SAH Malaysia!, Kembara DuniaKu MAGGI®, yang dihoskan oleh Duta MAGGI®, Sheila Rusly, Duta MAGGI® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman dan Duta MAGGI® Pedas Giler, MK K-Clique, MAGGI® telah menjejaki 12 buah warung dan kedai makan di seluruh negara untuk memperkenalkan resipi MAGGI® viral mereka. 

 

 

maggi

 

 

maggi

 

 

Para pengusaha makanan ini telah diberikan plak MAGGI® SAH Malaysia! setiap seorang sebagai pengiktirafan untuk hidangan MAGGI® istimewa mereka yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.   

 

Resipi-resipi viral ini kemudiannya memberi ilham kepada para pengusaha makanan yang lain untuk menghantar resipi kreatif MAGGI® masing-masing untuk cabaran Resipi KreaktifKu secara dalam talian. 8 orang finalis yang bertanding hari ini akan merebut hadiah wang tunai berjumlah RM10,000. 

 

Kempen MAGGI® SAH Malaysia! turut meraikan kreativiti para pengguna melalui cabaran ResipiKu DuniaKu yang mana seramai 12 orang finalis yang terdiri daripada para pengguna akan bertanding untuk merebut tiga hadiah utama berupa wang tunai sebanyak RM5,000 di sesi memasak secara langsung pada hari ini. - DagangNews.com