Malaysia Negara Progresif Walaupun Berdepan Cabaran  - Pakar Ekonomi | DagangNews Skip to main content

Malaysia Negara Progresif Walaupun Berdepan Cabaran  - Pakar Ekonomi

Ketua Ahli Ekonomi Global Juwai IQI, Shan Saeed

 

 

Oleh Tengku Noor Shamsiah Tengku Abdullah
editor@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 13 Julai – Malaysia adalah sebuah negara yang berpandangan jauh, progresif dan di sebalik segala cabaran berikutan pandemik COVID-19, kerajaan telah berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan kestabilan makroekonomi negara, kata pakar ekonomi, Shan Saeed.

 

Shan yang juga Ketua Ahli Ekonomi Global Juwai IQI berkata, adalah menjadi kebiasaan bagi negara-negara mengalami naik, turun dan bergerak dalam kitaran ekonomi.

 

Juwai IQI adalah firma pembrokeran dengan kehadiran yang kukuh di ASEAN. Ia mempunyai pejabat di 15 negara dengan lebih daripada 12,000 ejen hartanah.

 

"Ekonomi Malaysia akan kembali kukuh kerana sumber manusia mempunyai kemampuan untuk meningkatkan landskap produktiviti setelah penduduknya diberi vaksin secara total," katanya dalam temubual telefon bersama DagangNews.

 

Beliau diminta untuk berkongsi pandangan mengenai laporan media asing baru-baru ini yang melaporkan kononnya Malaysia sedang menuju ke arah negara gagal.

 

Menurut Shan, dalam tempoh 17 bulan yang lalu, kerajaan telah menggunakan dasar fiskal secara berkesan untuk menyokong prospek ekonomi dan membantu rakyat dan syarikat melalui pakej rangsangan.

 

Walaubagaimanapun, beliau berkata kerajaan masih mempunyai ruang untuk menurunkan kadar fiskal iaitu di bawah 7% dan nisbah hutang kepada keluaran negara kasar (KDNK) adalah pada 67%.   

 

''Ini memberi ruang kepada kerajaan untuk mengatur langkah strategik dari segi pengembangan fiskal. Pada masa ini, penyata imbangan yang positif adalah harga minyak yang lebih tinggi akan meningkatkan bahagian fiskal keseluruhan dan memberi impak makro,'' katanya.  

 

Shan berkata, harga komoditi akan lebih tinggi dalam tempoh enam hingga 12 bulan, justeru memberi ruang yang cukup untuk kerajaan menopang sektor perniagaan dan keperluan domestik.

 

Katanya lagi, ini semua berkait dengan dua strategi yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia iaitu:

  1. Membantu perniagaan

  2. Menggalakkan penggunaan domestik

 

Menurut Shan, Ringgit telah mengekalkan kestabilan struktur berbanding Dolar AS dan kredit diberikan kepada Bank Negara yang memberikan panduan ke hadapan yang kukuh kepada pasaran kewangan walaupun terdapat kerapuhan ekonomi dalam persekitaran eksogen.

 

Ringgit akan diperdagangkan antara 3.67 dan 4.10 untuk 2021.

 

'Pada pandangan saya, dengan jumlah perdagangan yang kukuh sehingga Jun 2021 dan angka eksport yang lebih tinggi kira-kira 50% dapat menyokong ekonomi untuk melonjak kembali. Ekonomi Malaysia mempunyai daya tahan untuk mencapai trajektori pertumbuhan yang  lebih dari 4.5% pada 2022.

 

"Kami di Juwai IQI yakin pada prospek pertumbuhan Malaysia untuk 2021-22 dan ekonomi untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik apabila semakin banyak orang mendapat vaksin dan kembali bekerja," tambahnya.

 

ppv
Ekonomi untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik apabila semakin banyak orang mendapat vaksin.

 

Pada perkembangan lain, Shan ditanya mengenai pihak tertentu yang mempersoalkan kerajaan mengapa mengizinkan orang ramai mengeluarkan wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, yang seharusnya menjadi simpanan untuk masa depan mereka.

 

Namun Shan berkata: "Ini juga dilaksanakan di kebanyakan negara Barat dan tidak perlu dibimbangi”.

 

Sebagai ahli ekonomi, dia berpendapat: “Sekarang ini, individu yang mencarum KWSP mempunyai pilihan. Itu adalah hak seseorang sama ada mahu menyimpan atau mengeluarkan simpanan mereka.”

 

“Kerajaan membenarkan pengeluaran simpanan KWSP bagi  membantu mereka yang terkesan untuk membeli keperluan asas harian,” ujar beliau. – DagangNews.com