Maxis perkenalkan pas perayauan Arab Saudi khas untuk musim Haji | DagangNews Skip to main content

Maxis perkenalkan pas perayauan Arab Saudi khas untuk musim Haji

Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 8 Mei - Maxis memperkenalkan Saudi Premium Data Pass, pas perayauan tawaran masa terhad yang direka khas untuk pelanggan Maxis yang bakal menunaikan ibadah haji ke Arab Saudi.

 

Pas perayauan ini boleh didapati oleh semua pelanggan pascabayar Maxis mulai sekarang sehingga 30 Jun 2024 dengan harga RM99.

 

Pelanggan juga boleh menikmati data perayauan tanpa had di Arab Saudi selama tempoh 45 hari serta, dengan internet berkelajuan tinggi sebanyak 2GB sehari diikuti dengan data tanpa had pada kelajuan sehingga 1Mbps.

 

 

maxis

 

 

Ketua Pengguna Maxis, Arjun Varma berkata, sempena musim Haji yang akan datang, Maxis berbesar hati untuk memperkenalkan pas perayauan data ini yang telah direka khas untuk pelanggan Maxis yang bakal menunaikan ibadah di Arab Saudi.

 

"Pas perayauan ini menawarkan pengalaman lancar kepada pelanggan kerana mereka boleh kekal berhubung dengan orang tersayang sepanjang masa sambil menjalankan ibadah haji,” kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Saudi Premium Data Pass ini boleh diaktifkan melalui aplikasi Maxis untuk penggunaan segera ataupun dijadualkan sehingga 14 hari lebih awal dari tarikh pengaktifan.

 

Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh mendaftar untuk pas ini melalui Maxis Care Portal ataupun Maxis Easy Menu (*100#). - DagangNews.com