MBSB Bank anjur pertandingan reka bentuk poster tingkatkan kesedaran keselamatan siber | DagangNews Skip to main content

MBSB Bank anjur pertandingan reka bentuk poster tingkatkan kesedaran keselamatan siber

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 5 Jun - MBSB Bank Berhad menganjurkan pertandingan reka bentuk poster bagi meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan siber dalam kalangan pelajar universiti khususnya terhadap ancaman kecurian data, perisian hasad dan penipuan dalam talian.

 

Pertandingan itu melibatkan 55 pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), mewakili pelbagai fakulti dengan rekaan terbaik diberikan hadiah berupa wang tunai dan majlis itu diadakan UiTM Kampus Puncak Alam, Selangor.

 

Pelajar seni kreatif dari UiTM Perak, Nur Najwa Umaira Mohd Ismail muncul juara pertandingan itu manakala pelajar reka bentuk grafik dari UiTM Sarawak, Zamir Aizat Hamdan menduduki tempat kedua dan tempat ketiga menjadi milik pelajar perniagaan antarabangsa dari UiTM Puncak Alam, Yasser Rosman 

 

"Juara membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000, tempat kedua meraih RM1,500 dan pemenang tempat ketiga meraih RM1,000 manakala sembilan pemenang hadiah saguhati membawa pulang RM500 setiap seorang," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan, hari ini.

 

mbsb

 

Hadiah berkenaan disampaikan oleh Ketua Perniagaan Digital Bank MBSB, Zainul Abidin Mustaffa dan majlis itu turut dihadiri Timbalan Dekan Industri, Komuniti, Alumni & Jaringan Keusahawanan, Dr Nor Farradila Abdul Aziz dari Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, UiTM Puncak Alam.

 

Bagi memina kesedaran siber dalam universiti, UiTM turut mengadakan ceramah keselamatan siber berkaitan transaksi perbankan dan ia turut menerima sokongan MBSB Bank.

 

MBSB Bank dan UiTM mula bekerjsama sejak tahun lepas bagi memperkukuh perkongsian inovasi akademik dan industri melibatkan pelaksanaan program berkaitan celik kewangan, pengurusan perniagaan dan kemampanan. - DagangNews.com