MBSB umum penggunaan logo baharu berkuat kuasa 4 Januari 2024 | DagangNews Skip to main content

MBSB umum penggunaan logo baharu berkuat kuasa 4 Januari 2024

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 4 Jan - Malaysia Building Society Berhad (MBSB) akan menggunakan logo baharu berkuat kuasa 4 Januari 2024.

 

Kumpulan itu dalam satu kenyataan berkata, logo baharu itu merangkumi abjad 'M' mewakili perkataan 'Malaysia', perkataan pertama dalam nama syarikat diikuti singkatan MBSB.

 

Bentuk geometri logo, lambang DNA organisasi, adalah lebih mantap dengan suntikan rasa moden dan ia menandakan komitmen kumpulan terhadap pertumbuhan, rancangan strategik, inovasi serta perubahan dalam pasaran dinamik.

 

MBSB telah berada di barisan hadapan industri perkhidmatan kewangan dan pembangunan ekonomi negara selama lebih 70 tahun.

 

MBSB

 

"Logo baharu itu menggantikan logo sebelumnya yang menggambarkan peranan MBSB sebagai antara institusi kewangan pertama di rantau ini yang memanjangkan pinjaman perumahan kepada masyarakat," katanya.

 

MBSB Bank Berhad (MBSB Bank), merupakan bank perdagangan Islam milik penuh MBSB dan baru-baru ini berjaya memperoleh Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) iaitu kumpulan bank pelaburan.

 

Kumpulan MBSB merupakan antara pemain utama dalam perbankan Islam, dengan pelbagai tawaran daripada Perbankan Pengguna.- DagangNews.com