McDonald`s antara 6 syarikat diiktiraf Kincentric sebagai Majikan Terbaik Malaysia | DagangNews Skip to main content

McDonald`s antara 6 syarikat diiktiraf Kincentric sebagai Majikan Terbaik Malaysia

KUALA LUMPUR 14 Jan - Kincentric mengiktiraf mengiktiraf enam syarikat sebagai Majikan Terbaik Malaysia selepas berjaya menampilkan kecekapan operasi dalam mengharungi tahun kedua pandemik.

 

Syarikat tersebut adalah Gerbang Alaf Restaurants (McDonald's), SP Setia Group, Lotuss Stores (Malaysia) yang dahulunya dikenali sebagai Tesco Stores (Malaysia), edotco, Startek Malaysia dan SkyWorld. 

 

Keenam-enam syarikat itu berjaya mengatasi syarikat lain dengan margin yang cukup signifikan dalam empat bidang utama iaitu kecekapan kepemimpinan, tumpuan bakat, kerterlibatan dan ketangkasan operasi. 

 

Pengiktirafan istimewa diberikan kepada McDonald's atas kecemerlangan mereka bukan sahaja atas kemajuan yang ditunjukkan pada 2021 tetapi muncul sebagai Majikan Terbaik dalam kalangan terbaik.

 

McDonald's melancarkan inisiatif terbaharu dengan memberi tumpuan kepada kesejahteraan pekerja dan pembangunan komuniti dan sistem pembelajaran pengurusan baharu dan mereka sentiasa berusaha untuk beregerak mengatasi latihan serta pembangunan tradisional. 

 

Laluan kerjaya yang disediakan juga membolehkan kakitangan mereka untuk dinaikkan pangkat di peringkat tempatam dan antarabangsa manakala program komuniti setempatnya membina persekitaran terbaik untuk membangunkan pekerja. 

 

meksi
McDonald's diiktiraf sebagai Majikan Terbaik Dalam Kalangan Terbaik Malaysia 2021 oleh Kincentric. 

 

Rakan Kongsi dan Ketua Pemasaran Kincentric Malaysia, Ridhima Khanduja berkata, pandemik yang melanda negara selama dua tahun ini menyebabkan berlakunya perubahan baharu dari segi cara syarikat bekerja.

 

"Ia memberi kesan terhadap perasaan kita terhadap pekerjaan terutamanya melibatkan majikan dalam menguruskan kesejahteraan pekerja serta tanggungjawab selain menawarkan laluan kerjaya yang dan mengekalkan prestasi mereka berdasarkan kepada fleksibiliti.

 

"Pekerja juga mencari mencari pekerjaan yang boleh memberikan impak dan tujuan dalam usaha membentuk dunia menjadi labih baik," katanya dalam kenyataan, di sini. - DagangNews.com