Mengapa emas masih menjadi aset selamat untuk para pelabur pada 2024? | DagangNews Skip to main content

Mengapa emas masih menjadi aset selamat untuk para pelabur pada 2024?

Oleh Hebe Chen, Penganalisis Pasaran IG International

EMAS telah lama memegang status unik sebagai alat yang berkuasa dalam melestarikan nilai, secara beransur memupuk nilai yang dirasakan bernilai dalam masyarakat semenjak beribu-ribu tahun lagi.

 

Pada zaman purba, logam berharga berfungsi sebagai unit pertukaran yang diiktiraf secara sejagat, membentuk asas bagi mata wang awal dunia selama berabad-abad.

 

Sehingga tahun 1971, dolar AS telah terikat dengan nilai emas dan dengan kebanyakan mata wang terikat kepada dolar, emas pada asasnya telah memainkan peranan penting sebagai tunjang pasaran forex global.

 

Pada hari ini, emas masih menjadi 'tempat selamat' untuk para pelabur, melestarikan nilainya apabila aset lain menemui rintangan.

 

Selain itu, bank pusat menyorok rizab emas kerana mereka mengenali nilai globalnya untuk digunakan pada masa keperluan yang teramat penting.

 

 

Hebe Chen
                            Hebe Chen

 

 

Siapakah pengeluar dan pembeli emas utama di dunia?

Pada masa dahulu, negara seperti Afrika Selatan terkenal sebagai tuan rumah beberapa rizab emas terbesar di dunia. Walau bagaimanapun, tahun demi tahun, negara seperti China, Rusia, Australia, dan Amerika Syarikat telah mengatasi mereka dalam perihal ini.

 

China, pengeluar emas global terkemuka, menyumbang 11% daripada jumlah pengeluaran dunia dan juga merupakan pembeli emas terbesar. Rizab emas di China mempunyai purata 1161.79 Tan dari tahun 2000 sehingga 2023, mencapai rekod tertinggi 2191.53 tan pada suku ketiga 2023.

 

 

gold
Sumber: World Gold Council

 

 

gold

 

 

Cara berbeza untuk melabur dalam pasaran emas

Terdapat pelbagai pilihan untuk melabur dalam pasaran emas, termasuk emas spot, niaga hadapan emas, opsyen emas dan saham emas.

 

  • Emas spot: Emas spot melibatkan pembelian atau penjualan logam berharga secara serta-merta, dengan pertukaran berlaku pada saat yang tepat apabila perdagangan diselesaikan, atau pada harga 'on the spot'. Apabila melibatkan diri dalam perdagangan emas spot, para pelabur melakukan transaksi jual beli pada kadar pasaran semasa yang lazimnya dirujuk sebagai harga spot.

 

  • Niaga hadapan emas: Kontrak niaga hadapan membenarkan para pelabur untuk berdagang emas pada harga yang telah dipratentu pada tarikh masa hadapan. Kontrak ini diselaraskan dari segi kuantiti dan kualiti, dengan harganya sahaja dipengaruhi oleh kuasa pasaran.

 

  • Opsyen emas: Kontrak opsyen beroperasi serupa seperti niaga hadapan, tetapi ia tiada kewajipan untuk melaksanakan dagangan semasa pembelian. Opsyen memberi para pelabur hak untuk menukar emas pada harga yang telah dipratentu pada tarikh yang ditetapkan.

 

  • ETFs Emas: Dana dagangan bursa (ETFs) boleh membantu para pelabur menjejaki prestasi saham dalam koleksi syarikat perlombongan, penapisan dan pengeluaran emas dagangan awam. Melibatkan diri dalam perdagangan ETF dapat meluaskan pendedahan para pelabur dan membantu mempelbagaikan portfolio mereka.

 

  • Saham emas: BeRdagang dalam saham emas adalah satu lagi cara untuk melabur emas. Ini akan membolehkan para pelabur mempelbagaikan portfolio mereka dalam industri emas, menentukan masa panjang atau pendek dalam syarikat-syarikat yang terlibat dalam perlombongan dan pengeluaran emas.

 

 

parafrasa

 


Bagaimanakah prestasi logam berharga pada tahun 2024?

Harga emas kekal berdaya tahan pada sebahagian besar dalam tahun 2023, mencapai paras tertinggi dua tahun melebihi AS$2,050 dalam bulan Mei.

 

Menjelang November, harga logam kuning telah meningkat lebih daripada 10% pada tahun terkini kerana para pemain pasaran menjangkakan bahawa kitaran pengetatan semasa mungkin menghampiri kesimpulannya.

 

Desakan yang semakin memuncak untuk tempat perlindungan yang selamat didorong lagi oleh ketegangan geopolitik yang berterusan di Timur Tengah dan Ukraine.

 

Harga emas telah mencatatkan kenaikan 10% yang mengagumkan semenjak pada awal suku keempat tahun 2023, mengatasi paras utama AS$2,000 setiap auns.

 

Logam berharga telah didagangkan dalam baji menaik sejak Jun 2022. Corak ini boleh mendorong harga ke arah paras tertinggi bulan Mei melebihi AS$2,075 sekiranya momentum itu berterusan.

 

Di sisi lain, paras pada AS$1,998 akan bertindak sebagai paras sokongan yang penting sekiranya harga logam bersinar itu menarik balik.

 

 

iktisad

 

 

Memandang ke hadapan, ramalan bagi emas pada tahun 2024 dijangka kekal positif memandangkan faktor yang mendorong perkembangan selera terhadap logam berharga itu kelihatan kekal utuh.

 

Tambahan pula, memandangkan emas sering dilihat sebagai cara yang andal untuk melindungi kekayaan semasa tempoh ekonomi yang mencabar, kelembapan ekonomi yang diunjurkan secara meluas pada tahun 2024 sewajarnya menjadi pemangkin tambahan untuk emas melestarikan kegemerlapannya. - DagangNews.com