Mercury Securities nilai harga sasaran Autocount Dotcom pada 45 sen sesaham | DagangNews Skip to main content

Mercury Securities nilai harga sasaran Autocount Dotcom pada 45 sen sesaham

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 20 April - Mercury Securities memberi harga sasaran 61 sen terhadap Autocount Dotcom Berhad yang akan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia. 

 

Saranan itu adalah berdasarkan kepada pendapatan sesaham (EPS) bagi tahun kewangan 2023 (FY23) sebanyak 2.8 sen dan harga perusahaan 22 kali sejajar dengan purata pemain industri lain. 

 

Menurut firma itu, harga sasaran itu mewakili pulangan sebanyak 84.8% daripada harga tawaran awam permulaan (IPO). 

 

"Kami menyukai saham ini kerana ia menawarkan pelan pengembangan geografi yang menarik dan keupayaan teknikal yang kukuh, berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan pertumbuhan industri perisian pengurusan kewangan di Malaysia.

 

"Nilai jualan lesen perisian perakaunan, POS dan gaji dianggarkan oleh Smith Zander kepada berkembang sebanyak 13.27%, 9.08%, dan 12.67%.

 

"Kumpulan itu mempunyai 13.79%, 4.68%, dan 2.21% bahagian pasaran dalam perisian perakaunan, POS dan senarai gaji di Malaysia," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Autocount menyediakan tiga jenis perisian pengurusan kewangan yang terdiri daripada perisian perakaunan, POS dan senarai gaji yang boleh digunakan oleh perniagaan dan syarikat secara kendiri.

 

Ini memastikan ketersambungan yang lancar dan memperkemas aliran data dan maklumat yang memudahkan proses pelaporan kewangan dan jualan untuk membuat keputusan yang lebih baik dan tepat pada masanya.

 

Sehingga tarikh praktik terkini (LPD), syarikat itu menjual kira-kira 70,000 lesen perisian AutoCount untuk digunakan oleh kira-kira 210,000 perniagaan dan syarikat di Malaysia dan Singapura kepada menyokong fungsi kewangan dan perakaunannya.

 

Dalam pelancaran prospektus syarikat sempena penyenaraiannya, kumpulam itu dijangka meraih 30.88 juta menerusi IPO dan akan menggunakan 56% atau RM17.3 juta untuk mengembangkan perniagaan di rantau ASEAN.

 

Sebanyak 17% lagi daripada hasil IPO, atau RM5.2 juta, akan digunakan untuk penyelidikan dan pembangunan bagi mengembangkan ciri produknya termasuk meningkatkan titik jualan awan, penyelesaian e-dagang, perakaunan dan senarai gaji awan serta sumber manusia.

 

Baki hasil akan digunakan untuk modal kerja kumpulan dan perbelanjaan penyenaraian.

 

"Syarikat itu berhasrat untuk meningkatkan perisian sedia ada dan membangunkan perisian baharu untuk mengekalkan daya saing dan kaitannya dalam industri," katanya. - DagangNews.com