MIDF Research semak turun penarafan TSH Resources kepada 'neutral' | DagangNews Skip to main content

MIDF Research semak turun penarafan TSH Resources kepada 'neutral'

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 24 Nov - MIDF Research menyemak turun penarafan TSH Resources kepada 'neutral' dengan harga sasaran (TP) RM1.01 sesaham selepas pendapatan teras kumpulan itu bagi 9MFY22 berada pada paras 41% di bawah unjuran tahun penuh.

 

Firma itu skeptikal terhadap potensi pertumbuhan kumpulan selepas melihat prestasi kumpulan bagi 9MFY22 di Indonesia.

 

Pada sama, keadaan itu diburukkan lagi oleh tarif eksport yang tinggi dan undang-undang cukai negara yang mungkin menjejaskan keuntungan operasinya untuk produk sawit.

 

"Margin keuntungan segmen perladangan TSH kekal stabil pada 25% pada suku tersebut, dibantu oleh pengeluaran buah tandan segar produktif sebanyak 263,838 tan walaupun purata harga jualan (ASP) minyak sawit mentah (MSM) lebih rendah sebanyak RM3,234 bagi setiap tan (-10%yoy) dan PK sebanyak RM1,849setiap tan direalisasikan.

 

"Pada asas tahun sehingga kini, pengeluaran BTS yang lebih rendah adalah disebabkan oleh pelupusan Ladang Ong Yah Ho dan Ladang Gomantong.

 

"Pada suku tersebut, kerugian operasi daripada segmen lain meningkat kepada RM33.9 juta meningkat daripada RM4.9m pada tahun sebelumnya disebabkan kerugian nilai saksama RM34.5 juta ke atas perbelanjaan penanaman hutan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, kumpulan itu mencatatkan keuntungan bersih RM258.43 juta pada 3QFY22 , melonjak hampir enam kali ganda daripada RM45.08 juta yang dicatatkan pada 3QFY2021.

 

Peningkatan pendapatan itu adalah disebabkan keuntungan sebanyak RM301.3 juta daripada pelupusan tanah oleh PT Bulungan Citra Agro Persada (BCAP). - DagangNews.com