MIDF Research unjur jualan S P Setia lebih kukuh pada 4QFY22 | DagangNews Skip to main content

MIDF Research unjur jualan S P Setia lebih kukuh pada 4QFY22

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 21 Nov - S P Setia Berhad mengekalkan sasaran jualan baharu sebanyak RM4 bilion bagi FY22 dengan mereka menjangkakan jualan baharu yang lebih kukuh pada 4QFY22.

 

MIDF Research berkata, momentum jualan baharu dijangka berterusan dengan pelancaran projek perbandaran yang menikmati kadar pembelian yang lebih baik.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu mencatatkan jualan hartanah baharu sebanyak RM1.03 bilion pada 3QFY22, lebih tinggi daripada jualan baharu RM991 juta pada 2QFY22.

 

"Ia menjadikan jumlah jualan baharu kepada RM2.7 bilion dalam 9MFY22.

 

"Projek tempatan menyumbang kepada 87% daripada jumlah jualan baharu manakala baki 13% disumbangkan oleh projek antarabangsa," katanya dalam satu nota kajian hari ini.

 

BACA JUGA: S P Setia yakin dapat mencapai sasaran jualan keseluruhan FY2022

 

Terdahulu, kumpulan itu menyatakan keyakinan bahawa ia berada di landasan untuk mencapai sasaran jualan tahunannya.

 

Pemaju hartanah itu mengumumkan lonjakan enam kali ganda (tahun ke tahun) dalam keuntungan bersih kepada RM79.19 juta pada 3QFY22 pada pendapatan 44.8% lebih tinggi sebanyak RM860.94 juta.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) 84 sen.

 

"Kami mengekalkan saranan itu berdasarkan prospek jualan baharu kekal stabil, disokong oleh projek perbandarannya. 

 

"Penilaian S P Setia juga menarik berikutan penurunan harga saham baru-baru ini," katanya. - DagangNews.com