Miliki kediaman mewah di i-City dengan HouzKey Maybank Islamic | DagangNews Skip to main content

Miliki kediaman mewah di i-City dengan HouzKey Maybank Islamic

Lakaran grafik menunjukkan sekitar lobi BeCentral yang serba mewah. - Gambar i-City

 

 

KUALA LUMPUR 15 Jun - i-City menjalin kerjasama strategik dengan Maybank Islamic untuk menawarkan penyelesaian pembiayaan rumah, HouzKey bagi projek kediaman mewah terbaharunya, BeCentral di i-City Golden Triangle.

 

Pembiayaan alternatif itu yang disediakan oleh Maybank Islamic membolehkan pembeli yang layak menikmati 100% pembiayaan tanpa bayaran pendahuluan, tiada bayaran sewaktu pembinaan dan bayaran bulanan dengan kadar terbaik. 

 

Malah, pembeli yang layak juga boleh menikmati faedah di bawah Kempen Pemilikan Rumah 2020-2021 termasuk pengecualian duti setem bagi Memorandum of Transfer (MoT) dan perjanjian pembiayaan HouzKey serta 10% diskaun bagi pasaran hartanah utama. 

 

Pengarah i-City, Monica Ong berkata, pembeli kini boleh memiliki kediaman mewah melalui skim HouzKey Maybank Islamic, dengan bayaran serendah RM1,250 sebulan. 

 

"Penawaran HouzKey yang unik ini membolehkan pembeli memiliki kediaman dengan kos pendahuluan minimum, hanya 3 bulan pembayaran diperukan sebagai jaminan deposit," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

BCentral adalah projek kediaman mewah 52 tingkat pegangan bebas yang terletak di kawasan strategik antara Central i-City Mall dan DoubleTree by Hilton Hotel di i-City Golden Triangle.

 

Projek ini menawarkan saiz kediaman daripada 632 hingga 793 kaki persegi dengan harga permulaan daripada RM484,000.

 

Ia menyediakan kemudahan bercirikan teknologi maklumat seperti pengecaman wajah di lobi bertaraf 5 bintang, set kunci yang dilengkapi kecerdasan pintar (AI) dan i-City SuperApp yang dihubungkan dengan keseluruhan komuniti i-City. 

 

Sementara itu, Pengarah Urusan Maybank Real Estate Ventures, Sally Lye percaya skim HouzKey adalah penyelesaian terbaik kepada pembeli untuk mendapatkan kediaman impian ketika ini.

 

"Dengan kerjasama ini, kami akan memperluaskan jangkauan dan membuka peluang bagi lebih banyak rakyat Malaysia untuk memiliki hartanah tanpa perlu risau tentang kos pendahuluan yang tinggi dalam pembelian hartanah," katanya. - DagangNews.com