SEPANG 10 Jan – Nikmati suasana Tahun Baru Cina apabila anda membeli-belah di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA), pusat beli-belah berjenama dari Jepun, mulai 2 Januari hingga 5 Februari 2023.
Sempena menyambut tahun Arnab, MOP KLIA telah mengubah ruang legarnya menjadi sebuah perkampungan meriah yang dipenuhi dengan bunga sakura, tanglung dan patung arnab.
Terdapat banyak zon foto yang disediakan untuk pembeli mengisi ruangan media sosial mereka dengan semangat perayaan MOP KLIA.
Pengalaman membeli-belah juga menjadi lebih menyeronokkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan Cina yang menghiburkan, tawaran yang bermanfaat, bengkel dan aktiviti untuk pembeli.
Timbalan Pengarah Urusan Pembangunan MFMA, TJ Cheah berkata, pihaknya mengalu-alukan semua orang dekat dan jauh untuk menyambut tahun Arnab di MOP KLIA.
"Ia akan menjadi satu lagi pengalaman membeli-belah yang unik untuk semua rakyat Malaysia dan juga para pelancong dengan aktiviti dan persembahan yang berterusan sepanjang tempoh Tahun Baharu Cina. Kami menjanjikan tiada saat yang membosankan di MOP KLIA,” kata beliau.
Antara persembahan kebudayaan yang akan berlangsung pada hujung minggu terpilih mulai Januari hingga Februari termasuk Persembahan Tarian Tradisional Cina, Persembahan Muzik Instrumental, Persembahan Gendang Lima Maharaja dan Persembahan Tarian Singa.
Membeli-belah sentiasa bermanfaat di MOP KLIA. Hadiah eksklusif menanti pembeli di pondok Fortune Wheel Spinning yang terletak di Sunshine Square.
Tersedia pada hujung minggu, pembeli yang layak berpeluang memenangi baucar tunai RM50, tabung wang arnab kekayaan dan hadiah eksklusif lain. Untuk mengambil bahagian, pembeli perlu membelanjakan RM300 dalam maksimum 2 keping resit, terhad kepada 300 orang pelanggan pertama yang layak setiap hari.
Pengumpul angpau perlu menantikan angpau MOP KLIA yang direka khas! Ia tersedia untuk penebusan dengan perbelanjaan minimum RM300 dalam maksimum 2 keping resit.
Penebusan hadiah edisi terhad lain yang disediakan ialah hadiah set penyepit dan pemegang penyepit Arnab Kegembiraan. Set hadiah mengandungi sepasang penyepit yang elegan dan pemegang penyepit berbentuk arnab yang comel.
Perbelanjaan minimum RM800 dalam maksimum 2 keping resit diperlukan untuk penebusan dan ia hanya terhad kepada 50 pelanggan pertama yang layak setiap hari, tersedia dari 14 – 23 Januari.
Pembeli juga dijemput untuk mengambil bahagian dalam seni kreatif seperti Bengkel Seni Kaligrafi Warna Cina dan Bengkel Seni Lukisan Kipas Cina, di mana pembeli dikehendaki mengemukakan maksimum 2 resit yang menunjukkan perbelanjaan minimum RM500 untuk penyertaan.
Bengkel lain seperti Lukisan Kipas, Gendang Cina dan Topeng Arnab boleh disertai pembeli dengan membuat perbelanjaan minimum RM50 dalam maksimum 2 resit.
Jualan Lewat Malam Tahun Baru Cina
Untuk menjadikan pengalaman membeli-belah lebih menggembirakan semasa musim perayaan ini, MOP KLIA menganjurkan kempen Jualan Lewat Malam Tahun Baru Cina (CNY) mulai 13 hingga 15 Januari 2023, dari 10 malam – 12 pagi. Waktu operasi pusat beli-belah akan dilanjutkan hingga 12 tengah malam sepanjang tempoh kempen.
Pembeli akan menerima 'Happy Hour Cash Back' dari jam 8 malam - 11 malam. Diskaun tambahan akan ditawarkan di kedai terpilih semasa ‘Happy Hours’ tersebut. Dengan perbelanjaan minimum RM200 dalam maksimum 2 keping resit, pembeli akan layak untuk menebus baucar tunai.
MOP KLIA terletak di lokasi yang strategik, hanya 8 minit dari KLIA dan klia2 dan lebih kurang 45 minit dari Pusat Bandar KL. Pusat beli-belah ini mudah diakses melalui pelbagai lebuh raya seperti ELITE, LDP, KESAS, Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya, Lebuhraya Utara-Selatan Linkaran Tengah, dan NKVE.
Untuk ke MOP KLIA juga mudah kerana terdapat banyak perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan. Bas ulang-alik percuma yang menghubungkan antara KLIA dan klia2 akan dilanjutkan hingga 1 pagi semasa tiga hari Jualan Lewat Malam CNY. – DagangNews.com