MRECA: Kadar cukai vape perlu munasabah, kekalkan pada RM0.40 per ml | DagangNews Skip to main content

MRECA: Kadar cukai vape perlu munasabah, kekalkan pada RM0.40 per ml

Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 23 Feb - Malaysian Retail Electronic Cigarette Association (MRECA) hari ini menggesa Kerajaan untuk menggunakan pendekatan yang sewajarnya dalam percukaian vape.

 

Kenyataan MRECA ini dibuat berikutan laporan Timbalan Menteri Kewangan semalam mengenai kemungkinan terdapat pengumuman cukai ke atas vape dalam Bajet 2023 akan datang.

 

Pada Oktober 2021, Kementerian Kewangan semasa pembentangan Bajet 2022, mengumumkan kenaikan cukai bagi cecair vape sebanyak 200%.

 

Rangka kerja percukaian ini masih belum dilaksanakan sementara menunggu peraturan.

 

Presiden MRECA, Datuk Adzwan Ab Manas berkata, pihaknya menyokong langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengawal selia industri termasuk memperkenalkan rangka kerja pencukaian dalam industri.


 

Datuk Adzwan Ab Manas
            Datuk Adzwan Ab Manas

 


"Kami melihat ini sebagai salah satu langkah awal untuk mengawal selia industri dan kami mengalu-alukannya. Bagaimanapun, kami percaya pendekatan itu perlu masuk akal dan kadarnya tidak boleh terlalu tinggi.

 

"Sebagai contoh, cadangan RM1.20 setiap ml yang diumumkan sebelum ini adalah sangat tinggi dan meningkat 200%," kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

 

"Ia akan menyaksikan tambahan RM36 dikenakan untuk setiap botol cecair 30ml manakala harga runcit untuk produk itu hanya pada separuh harganya.

 

Ini kata beliau, bermakna harga produk akan meningkat tiga kali ganda dalam harga.

 

“Ini akan menyebabkan produk vape menjadi sangat mahal dan mewujudkan permintaan untuk produk lebih murah yang tidak membayar cukai.

 

"Selain itu, ia juga akan menghalang perokok daripada bertukar kerana produk vape kerana ia telah menjadi lebih mahal daripada rokok,” kata beliau.


 

Datuk Adzwan Ab Manas

 


MRECA mengesyorkan agar Kerajaan mengekalkan cukai eksais bagi cecair vape pada RM0.40 per ml yang merupakan kadar sedia ada bagi mengelak daripada melihat kenaikan harga.

 

“Selain itu, MRECA juga menggesa Kerajaan supaya segera memperkenalkan peraturan untuk industri. Rangka kerja percukaian mesti dilengkapi dengan peraturan yang wajar.

 

"Ia bukan sahaja akan memastikan produk memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan, tetapi juga menyediakan hala tuju yang jelas kepada industri vape mengenai hala tuju ke hadapan,” kata Adzwan. - DagangNews.com