Nestcon terima kontrak kerja tanah bernilai RM79.5 juta daripada Iskandar Capital | DagangNews Skip to main content

Nestcon terima kontrak kerja tanah bernilai RM79.5 juta daripada Iskandar Capital

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 22 Mac - Nestcon Berhad menerusi anak syarikatnya, Nestcon Infra Sdn Bhd telah menerima kontrak bernilai RM79.5 juta daripada Iskandar Capital Sdn Bhd.

 

Kontrak berkenaan membabitkan kerja tanah dan kerja infrastruktur utama peringkat pertama untuk pembangunan perbandaran Wawari fasa pertama yang terletak di Pulai, Johor Bahru, menurut syarikat pembinaan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

 

Projek itu akan bermula pada 28 Mac 2024 dan disasarkan siap pada 27 November 2025.

 

“Penerimaan surat anugerah oleh Nestcon Infra untuk melaksanakan kerja kontrak tersebut dijangka menyumbang secara positif kepada aset bersih sesaham, pendapatan sesaham dan penggearan syarikat sepanjang tempoh kontrak,” katanya.

 

Saham Nestcon ditutup kekal pada 36 sen hari ini, memberikannya permodalan pasaran bernilai RM255 juta. - DagangNews.com