KUALA LUMPUR 8 Mei - Ni Hsin Group Bhd menerusi Ni Hsin EV Tech Sdn Bhd hari ini melancarkan motosikal elektrik berkuasa tingginya iaitu TC Max dan CPx Pro.
Motosikal yang dikeluarkan Nanjing Vmoto Manufacturing Co Ltd (VMOTO) dan dipasang di Malaysia merupakan pembekal global terkemuka bagi kenderaan dua roda elektrik yang menawarkan model reka bentuk Eropah dengan teknologi berkualiti tinggi dan mampan.
Model TC Max merupakan e-motosikal yang sesuai untuk laluan bandar dengan pengendalian dan pecutan yang sangat baik manakala CPx Pro mempunyai motor 8kW yang mampu mencapai kelajuan 105 km/j, menjadikannya kenderaan yang selamat untuk kegunaan harian.
Kedua-dua model menawarkan pilihan penyesuaian seperti siren dan sistem radio yang menjadikannya sesuai untuk unit penguatkuasaan polis, tentera dan pasukan keselamatan.
Pelancaran model motosikal yang berlangsung di The Starhill, Bukit Bintang itu turut menampilkan juara dunia MotoGP lima kali yang juga Duta VMOTO, Jorge Lorenzo.
Pengarah Urusan Ni Hsin EV Tech, Khoo Chee Kong berkata, pihaknya teruja untuk bekerjasama dengan VMOTO bagi memperkenalkan kenderaan lektrik termasju mereka di Malaysia.
Beliau berkata, pihaknya juga berhasrat untuk mengubah mobiliti bandar dan menyumbang kepada masa depan yang lebih mampan dan pintar.
"Dalam konteks mobiliti mampan Ni Hsin tidak berhenti ntuk enggalakkan penggunaan pengangkutan sifar pelepasan di seluruh Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pengarah Urusan VMOTO, Charles Chen berkata, pihaknya teruja memperkenalkan motosikal elektik keluaran mereka di pasaran Malaysia dengan kerjasama Ni Hsin EV Tech.
"Misi kami adalah untuk menyediakan rumsan mobiliti berprestasi tinggi mesra alam yang meningkatkan kehidupan orang ramai dalam persekitaran bandar," katanya.- DagangNews.com