Nilai jumlah dagangan bon Malaysia susut | DagangNews Skip to main content

Nilai jumlah dagangan bon Malaysia susut

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Jumlah dagangan bon Malaysia menyusut kepada RM9.86 bilion berbanding RM15.5 bilion pada minggu sebelumnya. 

 

Nilai jumlah dagangan 10 bon aktif menurun kepada 58% daripada 63% keseluruhan dagangan bon kerajaan. 

 

Dalam pada itu, kesemua 10 bon dagangan aktif menyaksikan kadar hasil lebih tinggi sekali gus mendorong harga yang lebih rendah pada minggu lalu. 

 

“Tiga dagangan bon kerajaan aktif teratas didominasi oleh baki tenor singkat dan sederhana. Ketiga-tiganya adalah MGS 3.62% 11/30/21 pada RM1.23 bilion, MII 3.422% 9/30/27 (RM1.03 bilion), dan MGS 3.955% 9/15/25 (RM576 juta),” kata MIDF Research dalam nota kajiannya. 

 

Sementara itu, nilai jumlah dagangan bagi bon korporat (konvensional dan sukuk) meningkat kepada RM2.00 bilion pada minggu lalu berbanding RM1.43 bilion pada minggu sebelumnya. 

 

Nilai jumlah dagangan 10 bon aktif menurun meningkat kepada 49% daripada 43% keseluruhan dagangan bon korporat

 

“Tiga bon korporat dagangan aktif teratas didominasi oleh baki tenor pertengahan dan panjang. 

 

“Nilai dagangan terbesar dilihat dalam Sunreit Perpetual 5.85% PERP pada RM340 juta, Cagamas 4.55% 11/18/25 (RM100 juta) dan Pengurusan Air SPV 3.07% 6/5/25 (RM90 juta),” tambah MIDF.  - DagangNews.com