PENGHUJUNG tahun kembali menjadi masa yang ditunggu-tunggu ramai untuk merehatkan badan dan minda.
Para ibu bapa juga tercari-cari destinasi percutian menarik untuk anak-anak dan keluarga sebelum bermulanya cuti sekolah lagi.
Tidak terkecuali pasangan baru raja sehari yang mencari destinasi berbulan madu bagi mencipta kenangan indah memulakan hidup baharu.
Pada yang sedang berkira-kira hendak bercuti ke mana, Langkawi boleh menjadi destinasi pilihan dengan memilih Ombak Villa Resort sebagai lokasi percutian.
Ombak Villa Resort terletak di Padang Mat Sirat dan hanya lima minit memandu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Ia juga hanya 10 minit perjalanan berkereta ke Pantai Cenang dan lain-lain tempat menarik di Langkawi.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan M K Land Holdings Berhad, Dato’ Faris Yahaya berkata, pelbagai pakej menarik disediakan untuk pengunjung menikmati masa emas di Ombak Villa Resort.
Katanya, ini termasuk pelbagai pakej bulan madu bagi pasangan mempelai yang baru melangsungkan perkahwinan.
“Bagi anda yang baru melangsungkan perkahwinan dan ingin ke Langkawi tetapi masih tercari-cari penginapan dan lokasi bulan madu yang menenagkan, saya mengalu-alukan anda semua ke Ombak Villa Langkawi” ujarnya.
Menurut Faris lagi, pada mereka yang gemar makan-makan, pelbagai menu menarik juga disediakan untuk memenuhi selera.
Ini termasuk hidangan steamboat dan grill, serta paling istimewa hidangan asam pedas ekor lembu yang patut dicuba oleh semua pengunjung termasuk pasangan mempelai.
"Dengan kawasan luar yang luas, hijau dan redup, pelbagai aktiviti luar juga boleh dilakukan termasuk penganjuran majlis perkahwinan dalam taman termasuk dengan servis yang lengkap pada harga yang amat berpatutan.
"Kunjungan ke Ombak Villa Langkawi pasti meninggalkan seribu kenangan," ujar beliau.
Bersempena cuti persekolahan dan Krismas ini, Ombak Villa Resort Langkawi menawarkan pakej tiga hari dua malam pada harga RM1,088 untuk dua orang.
Bagi mereka yang meraikan sambutan Krismas juga boleh merakam kenangan dengan buffet 'Dine at Sea Breeze' bersama keluarga dengan harga RM110 bagi dewasa dan RM55 kanak-kanak. - DagangNews.com