pandamart tawar penjimatan hingga RM15 sempena Ramadan | DagangNews Skip to main content

pandamart tawar penjimatan hingga RM15 sempena Ramadan

pandamart

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 16 April - Perkhidmatan penghantaran dalam talian, foodpanda Malaysia mengumumkan khabar gembira kepada rakyat Malaysia dengan tawaran penjimatan yang menarik dengan pembelian melalui perkhidmatan penghantaran barangan runcit, pandamart.

 

Sepanjang Ramadan kali ini, pandamart menawarkan dua jenis baucer pada April yang memberi potongan harga yang tinggi.

 

Berikut adalah baucer yang ditawarkan;

 

1) TRYPANDAMART

  • Sekiranya anda belum menggunakan perkhidmatan pandamart, ini adalah peluang terbaik.
  • Gunakan kod baucer TRYPANDAMART untuk menikmati potongan RM15 untuk sebarang pesanan pandamart yang melebihi RM20.
  • Kempen sah hingga 30 April - selagi stok masih ada

 

2) JOMJIMART

  • Ingin mendapatkan lebih penjimatan, gunakan kod baucer JOMJIMART untuk menikmati diskaun RM10 bagi setiap pesanan pandamart RM30 ke atas.
  • Kempen sah hingga 30 April selagi stok masih ada

 


Pengarah pandamart, Ashutosh Gandhi berkata, ketika melancarkan pandamart tahun lalu, pihaknya meletakkan impian yang jelas untuk memberi lebih banyak kemudahan kepada pelanggan dalam pelbagai cara.

 

"Kami mempunyai rekod prestasi yang baik untuk memberi kegembiraan melalui perkhidmatan penghantaran makanan dan kami yakin dapat kembangkan kepakaran kami dengan perkhidmatan lain

 

"Sehubungan itu, rangkaian kedai runcit secara awan iaitu pandamart diperkenalkan. 

 

"Dengan pandamart, rakyat Malaysia yang selalu sibuk boleh mendapatkan barangan keperluan runcit, barangan rumah dan bahan-bahan lain yang akan dihantar terus di hadapan pintu rumah mereka dengan pantas," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

 

pandamart pertama telah memulakan operasi dalam talian sejak Julai 2020 dan dilancarkan secara rasmi pada Disember tahun lalu.

 

Perkhidmatan tersebut menawarkan penghantaran atas permintaan untuk barangan runcit, barang keperluan isi rumah, produk kecantikan dan ubat-ubatan yang dihantar terus dari kemudahan simpanannya. - DagangNews.com