Pati gaharu hutan lebih digemari masyarakat dari Asia Barat | DagangNews Skip to main content

Pati gaharu hutan lebih digemari masyarakat dari Asia Barat

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 12 Dis - Pati gaharu yang diperoleh dari hutan lebih digemari orang ramai khususnya dari Asia Barat kerana baunya lebih pekat berbanding yang di tanam sendiri.

 

Penolong Pengurus Aura Asli Enterprise, Hasal Fela berkata, kebanyakan pokok gaharu yang ditanam sendiri menggunakan baja serta racun dan ia memberi kesan kepada kepekatan pati yang dihasilkan.

 

"Peminat gaharu dapat membezakan bau gaharu asli hutan dengan gaharu yang ditanam sendiri.

 

"Kalau orang Arab datang ke negara ini mereka lebih cenderung untuk mencari gaharu asli hutan kerana kepekatannya baunya," katanya yang merupakan usahawan Orang Asli dari suku kaum Jakun.

 

Aura Asli merupakan syarikat Bumiputera yang mengusahakan minyak wangi berasaskan gaharu untuk lelaki dan wanita.

 

Hasal berkata, dia mendapatkan pokok gaharu daripada hutan di Pahang sebelum diproses sendiri di sebuah kedai di RPS Kedaik di Rompin untuk dijadikan minyak wangi.

 

hasal
Hasal Fela

 

Katanya, minyak wangi yang dihasilkan mendapat sambutan yang agak baik daripada orang ramai sejak mula dipasarkan empat tahun lalu.

 

wangi

 

"Beza minyak wangi yang dihasilkan kami ialah baunya bertahan lebih lama kerana pati yang kami gunakan.

 

minyak

 

"Minyak wangi kami dijual pada harga RM69.90 sebotol dan ia juga boleh didapati dalam bentuk mini," katanya. - DagangNews.com