Pelabur asing beli RM961.1 juta ekuiti tempatan, lebih rendah berbanding RM1.06 bilion pada minggu sebelumnya - MIDF Research | DagangNews Skip to main content

Pelabur asing beli RM961.1 juta ekuiti tempatan, lebih rendah berbanding RM1.06 bilion pada minggu sebelumnya - MIDF Research

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 13 Mei - Pelabur asing meneruskan aliran belian bersih di Bursa Malaysia untuk minggu ketiga berturut-turut dengan aliran masuk bersih RM961.1 juta, menunjukkan sedikit penurunan berbanding RM1.06 bilion pada minggu sebelumnya.

 

MIDF Research berkata, sepanjang minggu lepas, setiap hari agangan kecuali Khamis menyaksikan aktiviti belian bersih

 

Katanya, pelabur asing kembali kepada pembeli bersih semula pada Jumaat, mungkin dipengaruhi keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3%.

 

"Sektor yang mencatatkan aliran masuk asing bersih tertinggi ialah perkhidmatan kewangan (RM268.2 juta), utiliti (RM242.9 juta), dan pengangkutan & logistik (RM114 juta), manakala satu-satunya sektor yang mempunyai aliran keluar bersih asing ialah produk & perkhidmatan perindustrian (RM8.9 juta) dan Amanah Pelaburan Hartanah (RM3.8 juta)," katanya dalam dalam laporan aliran dana mingguan hari ini.

 

Firma penyelidikan itu berkata, institusi tempatan meneruskan aliran jualan bersih untuk minggu kedua berturut-turut, berjumlah RM724.9 juta.

 

Katanya,bagi minggu kesembilan berturut-turut, peruncit tempatan terus melupuskan ekuiti domestik, berjumlah RM236.2 juta.

 

Dari segi penyertaan, purata jumlahdagangan harian (ADTV) meningkat untuk peruncit tempatan (17.4%) dan institusi tempatan (1.3%), manakala pelabur asing (9.9%) mengalami penyusutan.- DagangNews.com