PEMAKAIAN pelitup muka kini menjadi spekulasi orang ramai semenjak keluarnya kenyataan daripada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada hujung bulan April lalu mengatakan bahawa pemakaian pelitup muka tidak lagi wajib digunakan pada 1 Mei 2022.
Memandangkan kes positif COVID-19 dilihat semakin terkawal dan kemasukan pesakit ke hospital juga menunjukkan trend penurunan jadi kerajaan telah memberikan kelonggaran mengenai isu pemakaian pelitup muka di tempat awam.
Namun begitu, pemakaian pelitup muka masih wajib digunakan ketika berada di dalam bangunan (indoor) cuma ia diberi pilihan kepada orang ramai untuk memakainya atau tidak ketika berada di kawasan terbuka atau tempat awam.
Walaupun pemakaian pelitup muka tidak lagi wajib digunakan di luar bangunan (outdoor) tetapi orang ramai digalakkan untuk memakainya supaya dapat mengurangkan penularan jangkitan kepada diri, keluarga dan masyarakat sekeliling.
Menteri Kesihatan mengatakan bahawa walaupun kita sedang berada dalam fasa endemik jadi orang ramai diansihatkan untuk sentiasa mematuhi SOP dan segala langkah-langkah kesihatan yang telah kita praktikkan selama dua tahun.
Oleh yang demikan, saya tidak melepaskan peluang untuk membuat tinjauan dan menemubual salah seorang pengunjung di pusat membeli-belah di Bandar Utama untuk menanyakan tentang perasaan mereka selepas mendapat berita bahawa pemakaian pelitup muka tidak lagi wajib digunakan di kawasan terbuka.
Sementara itu, menurut tinjauan saya majoriti semua pengunjung di situ masih lagi mengikuti pemantuhan SOP dan sekaligus membuktikan mereka msih lagi peka mengenai keselamatan diri masing-masing.
“Bagi diri saya sendiri ia amat lega apabila mendapat tahu pelitup muka tidak lagi wajib digunakan di tempat awam.”
Tambahan lagi, “Dengan kelonggaran ini sedikit sebanyak memberi kesan yang positif kepada saya terutamanya isteri di mana dia tidak perlu lagi memakai pelitup muka sepanjang masa kerana disebabkan kulit mukanya yang sensitif.” – kata seorang pengunjung.
“Saya sekeluarga masih lagi memakai pelitup muka apabila ingin keluar seperti ke pusat membeli-belah kerana ketika berada dalam keadaan yang sesak kita tidak tahu virus itu masih aktif atau tidak dalam keadaan tersebut.”
“Kerajaan haruslah mewajibkan pemakaian pelitup muka hanya kepada yang sakit sahaja kerana saya yakin itu dapat menjamin keselamatan orang ramai apabila ingin keluar, ”tambahnya.
Dalam pada itu, pemakaian pelitup muka tetap harus dipakai oleh orang ramai kerana itu merupakan salah satu inisiatif untuk kita membanteras penularan virus COVID-19 ini.
“Pemakaian pellitup muka sudah menjadi norma baharu untuk saya jika terlupa untuk memakainya itu mungkin akan menyebabakan rasa kejanggalan bagi saya untuk keluar.”
Dalam usaha kita untuk membanteras COVID-19, kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab terutamanya orang dewasa haruslah menunjukkan tahap keprihatinan kita kepada orang ramai (kanak-kanak) bahawa pentingnya dalam menjaga kesihatan dan keselamatan diri.
Oleh itu, ketika penularan virus COVID-19 masih lagi ada dalam lingkungan komuniti masa kini, orang ramai perlu mengambil sikap untuk terus juga memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam. - DagangNews.com