Peluang pemula niaga tingkat tarikan pelaburan menerusi Founders Grindstone Bootcamp | DagangNews Skip to main content

Peluang pemula niaga tingkat tarikan pelaburan menerusi Founders Grindstone Bootcamp

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Agensi utama yang  menerajui  agenda  transformasi  digital negara, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka peluang kepada hingga 30 buah syarikat permulaan untuk meningkatkan potensi dan fokus mereka dalam perjalanan meraih dana menerusi program Founders Grindstone Bootcamp.

 

Dianjurkan dengan kerjasama Draper Startup House, program tersebut adalah kelangsungan daripada program pembangunan keupayaan terbaik MDEC iaitu Founders Grindstone yang menampilkan pelbagai siri bengkel intensif dengan rakan professional iaitu modal teroka (VC), pembangunan usaha niaga dan firma guaman.

 

Naib Presiden Ekosistem Teknologi dan Globalisasi MDEC, Gopi Ganesalingam berkata, Founders Grindstone Bootcamp merupakan platform yang amat diperlukan oleh usahawan teknologi yang berpusat di Malaysia untuk berhubung dengan pelabur tempatan serta global dan berpotensi bagi meraih dana semasa persekitaran perniagaan sukar ketika ini.

 

Gopi Ganesalingam
Gopi Ganesalingam

 

“Menerusi kerjasama dengan Draper Startup House, telah membolehkan kami menyediakan pemula tempatan dengan kemahiran, pengetahuan dan rangkaian yang perlu bagi menjadikan syarikat mereka kukuh semasa berdepan dengan persekitan digital yang sangat mengganggu; dan seterusnya meletakkan Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Sebagai kelangsungan kepada Founders Grindstone, program bootcamp selama tujuh minggu ini akan menempatkan usahawan dalam pelbagai siri bengkel fokus untuk meningkatkan kelayakan mereka kepada pelabur dan kesediaannya dalam pelaburan.

 

Peserta juga akan memperoleh akses kepada mentor secara peribadi daripada program rakan pelaburan serta mentor

 

Permohonan Founders Grindstone Bootcamp terbuka kepada semua pemula, terhad kepada maksimum 30 syarikat dan keutamaan akan diberikan kepada syarikat yang mematuhi kriteria termasuk syarikat yang berpusat di Malaysia; mempunyai sekurang-kurangnya satu pusingan dana; dan syarikat yang sudah berada di tahap menjana pendapatan.

 

Permohonan akan disaring menerusi penyerahan pembentangan dek oleh ahli panel merangkumi wakil VC dan MDEC.

 

Berlangsung dari 8 September hingga 5 November 2021, bengkel di bawah bootcamp ini akan menerokai topik yang berbeza setiap minggu, seperti Penetapan dan Perancangan Perjalanan Pertumbuhan Anda (oleh Draper Startup House); Bersedia untuk Meraih Dana dari Perspektif Perundangan; Unjuran dan Ramalan Kewangan (oleh RHL Ventures dan Iris Capital Partners); Penilaian: Mencari Kelebihan (oleh ScaleUp); Scabiliti Technologi dan Produk (oleh Amazon Web Services); Pembentangan dan Penceritaan (oleh Wavemaker Partners/Cocoon Capital) dan Mentor peribadi dengan rakan pelabur.

 

Selepas selesai menjalani bengkel pada awal November nanti, 10 buah syarikat akan dipilih untuk menyertai Hari Penerangan Founders Grindstone di Draper Startup House, Pulau Pinang yang turut dihadiri oleh rangkaian pelabur MDEC.

 

Pengasas Draper Startup House, Vikram Bharati berkata, pelaburan dan akses kepada modal merupakan antara komponen yang sangat penting dalam membina perniagaan global.

 

“Akses kepada aliran modal global memerlukan syarikat membuktikan kepada pelabur bahawa pelaburan di dalam perniagaan mereka akan memberi kesan positif dengan mempertimbangkan apa yang diinginkan oleh pelabur dalam perniagaan dan jangkaan mereka daripada pelaburan berkenaan.

 

Vikram Bharati
Vikram Bharati

 

“Kami harap Founders Grindstone Bootcamp akan mempersiapkan peserta dengan alatan dan nasihat yang diperlukan untuk mencari pelabur global untuk perniagaan mereka dan menjadi contoh yang terbaik kepada mereka,” ujar beliau.

 

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran Founders Grindstone Bootcamp, sila layari https://gainmdec.awardsplatform.com/ dan tarikh tutup pendaftaran adalah pada 26 Ogos 2021. - DagangNews.com