Pemberian vaksin Malaysia terus meningkat kepada 5.3 juta dos | DagangNews Skip to main content

Pemberian vaksin Malaysia terus meningkat kepada 5.3 juta dos

Golongan Orang Asli di Lipis menerima kunjungan petugas kesihatan vaksinasi bergerak untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Golongan Orang Asli di Lipis telah menerima kunjungan petugas kesihatan vaksinasi bergerak untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

 

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 18 Jun - Malaysia sekali lagi mencatatkan rekod pemberian dos vaksin harian tertinggi sebanyak 221,706 dos semalam.

 

Maklumat semasa yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menunjukkan, 177,876 daripada jumlah tersebut melibatkan pemberian vaksin bagi dos pertama.

 

Sementara itu, 43,830 lagi adalah melibatkan pemberian vaksin bagi dos kedua.

 

.

 

Rekod harian terbaharu yang dicatatkan itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos di Malaysia kini mencecah 5.3 juta bagi tempoh sama.

 

Jumlah berkenaan meningkat berbanding 5.1 juta dos yang dicatatkan semalam.

 

.

 

Jumlah semasa yang dicatatkan itu meliputi 3.8 juta dos pertama dan 1.5 juta bagi pemberian dos kedua.

 

Kuala Lumpur dan Selangor masing-masing terus mencatatkan peningkatan pemberian dos kepada 649,627 dan 580,341 berbanding negeri-negeri lain.

 

Dalam pada itu, pemberian vaksin di Sarawak dan Johor turut bertambah kepada 484,869 dan 354,039. - DagangNews.com