Pemilik rumah alu-alukan Protokol Pembersihan Airbnb | DagangNews Skip to main content

Pemilik rumah alu-alukan Protokol Pembersihan Airbnb

WayNe Low

 

KUALA LUMPUR 30 Julai - Untuk menyokong sektor pelancongan di Malaysia, pemilik rumah yang menyertai Airbnb di seluruh negara kini boleh mendaftar dalam Protokol Pembersihan Dipertingkat Airbnb, sebuah program komprehensif yang menawarkan garis panduan pertama yang seragam dan lengkap untuk pembersihan serta pembasmian kuman dalam industri perkongsian penginapan.

P
rotokol Pembersihan Dipertingkat ini kini tersedia di 75 negara dan rantau di seluruh dunia.

P
emilik rumah yang menyertai Airbnb di Malaysia kini boleh mengakses maklumat mengenai bahan pembersihan yang dipertingkatkan dalam bahasa tempatan mereka di Pusat Sumber, termasuk Panduan Permulaan Pantas dan Buku Panduan Pembersihan.

S
umber tempatan ini menawarkan panduan mengenai penggunaan pakaian pelindung diri (PPE), cara membersihkan setiap bilik dalam rumah, perkara yang perlu disanitasikan, dan bekalan yang diperlukan.

S
umber baru ini merangkumi garis panduan kesihatan dan keselamatan berlandaskan nasihat pakar mengenai pemakaian topeng dan penjarakan sosial, yang amat penting untuk hos bilik persendirian.

U
ntuk mendaftar, termasuk mereka yang berkongsi bilik persendirian, boleh pergi terus ke akaun Airbnb mereka. Pemilik yang melengkapkan kuiz dan membuktikan mereka mematuhi Protokol Pembersihan Dipertingkat akan menerima ulasan khas pada penyenaraian mereka untuk memaklumkan kepada tetamu bahawa mereka komited untuk mematuhi rutin pembersihan dan pembasmian kuman yang dipertingkat dalam Protokol ini.

 

airbnb2
Protokol Pembersihan Dipertingkatkan Airbnb adalah prosedur pembersihan yang mendapat nasihat pakar.

 

“Pengekalan penyenaraian kami dalam keadaan yang bersih dan selamat adalah keutamaan bagi kami sebagai tuan rumah. Ini adalah kerana kami ingin mengalu-alukan lebih ramai tetamu dan Protokol Pembersihan Dipertingkat Airbnb ini membantu kami dengan sumber dan panduan yang mematuhi piawaian industri,” kata WayNe Low, tuan rumah Airbnb di Malaysia yang mempunyai penilaian kebersihan yang tinggi secara konsisten.

“Airbnb telah mengembangkan Protokol Pembersihan Dipertingkat dengan jelas dan terperinci untuk membantu kami memastikan dan menjaga kebersihan dalam penyeneraian kami. Saya berharap dapat memberikan ketenangan kepada para tetamu ketika mereka memilih kami sebagai tempat penginapan,” katanya.

P
rotokol Pembersihan Dipertingkat Airbnb, yang dibangunkan dengan rundingan bersama pakar global terkemuka dan disahkan di peringkat tempatan oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), adalah berdasarkan rekod kebersihan Airbnb yang kukuh: 94% daripada semua ulasan Airbnb menunjukkan bahawa tetamu berpuas hati dengan pembersihan, dengan memberi penilaian 4 atau 5 bintang selepas penginapan mereka.

S
elain menyediakan standard pembersihan untuk penginapan, Airbnb juga menawarkan inisiatif keselamatan dan pembersihan baharu untuk Pengalaman secara bersemuka di negara-negara dan rantau-rantau di mana aktiviti ini telah dibuka semula, berdasarkan panduan daripada kerajaan tempatan dan pakar kesihatan.

G
aris panduan ini termasuk mewajibkan semua hos dan tetamu memakai penutup muka, mengehadkan saiz kumpulan, dan mengekalkan penjarakan sosial. Untuk Pengalaman yang dijalankan di ruang persendirian, hos juga dikehendaki mengikuti protokol pembersihan dipertingkat.

“Dalam dunia pasca COVID-19, mengekalkan standard kesihatan dan kebersihan yang tinggi adalah amat penting untuk kami sebagai langkah kritikal dalam memulihkan keyakinan pengembara," kata Amanpreet Bajaj, Pengurus Besar (India, Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan), Airbnb.

 

airbnb
                                                                          AMANPREET BAJAJ


“Dengan mematuhi protokol pembersihan dipertingkat, pemilik di Malaysia mengorak langkah yang penting untuk melindungi diri mereka, tetamu mereka dan komuniti tempat tinggal mereka.

``Kami berharap dapat bekerjasama lanjut dengan kerajaan tempatan, pakar perubatan dan pihak berkuasa lain bagi memastikan pendekatan yang konsisten yang akan membantu menyokong pemulihan industri pelancongan Malaysia.” - DagangNews.com