Pendapatan 2HFY23 Gamuda lebih kukuh didorong pertambahan kontrak - HLIB | DagangNews Skip to main content

Pendapatan 2HFY23 Gamuda lebih kukuh didorong pertambahan kontrak - HLIB

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 19 Dis - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research mengunjurkan pendapatan 2HFY23 yang lebih kukuh buat Gamuda Berhad didorong peningkatan kontrak sebanyak RM13.9 bilion selain pengiktirafan jualan yang belum direkodkan sebanyak RM5.8 bilion.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu sebelum ini mencatatkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) teras sebanyak RM190.4 juta bagi 1QFY23 dan ia melebihi unjuran firma itu.

 

"Keputusan kontrak di Australia mungkin diketahui pada 1HCY23 dengan kumpulan itu terus berusaha mendapatkan tender baharu pada masa hadapan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, bertentangan dengan jangkaan konsensus mereka iaitu penurunan pendapatan bagi FY23, pengurusan menyasarkan pendapatan tahunan mendatar, kira-kira 8% lebih tinggi berbanding unjuran.

 

"Kami telah melaraskan PATAMI teras 1QFY23 untuk keuntungan RM978.3 juta pada pelupusan lebuh raya," katanya. 

 

Firma itu menjangkakan lebih banyak projek akan disenarai pendek selepas ini didorong oleh ledakan pembangunan infrastruktur dan kumpulan mempunyai matlamat melaksanakan projek sebagai kontraktor tunggal.

 

Katanya, di peringkat domestik pengurusan menunggu keputusan penting mengenai MRT3dan PSI.
 

"Kes asas kami untuk MRT3 ialah semakan kos yang biasanya mengambil masa 3-6 bulan, mungkin menangguhkan pemberian kontrak pada pertengahan 2023," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM4.15 sesaham. - DagangNews.com