Pendapatan teras bersih KLCCP Stapled Group bagi 9MFY22 berada dalam unjuran MIDF Research | DagangNews Skip to main content

Pendapatan teras bersih KLCCP Stapled Group bagi 9MFY22 berada dalam unjuran MIDF Research

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 11 Nov - Pendapatan teras bersih KLCCP Stapled Group (KLCCP) sebanyak RM503.2 juta untuk 9MFY22 adalah berada di dalam jangkaan MIDF Research.

 

Firma itu berkata, keputusan itu juga membentuk masing-masing 71% dan 74% daripada raman tahun penuh dan konsensus.

 

Katanya, keuntungan sebelum cukai untuk sektor runcit juga meningkat sebanyak 12.7% dari bulan ke bulan disebabkan oleh hasil jualan penyewa yang lebih tinggi dan bantuan sewa yang lebih rendah.

 

Pada masa sama, bahagian hotel menyaksikan kerugian sebelum cukai yang lebih kecil berikutan peningkatan kadar penghunian di Mandarin Oriental.

 

"Pendapatan bahagian runcit didorong oleh bantuan sewa yang lebih rendah kepada penyewa dan jumlah pembeli yang lebih tinggi.

 

"Keuntungan sebelum cukai bahagian pejabat sedikit berubah disebabkan oleh perjanjian pajakan bersih tiga kali ganda dan pajakan jangka panjang," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, kumpulan itu mencatatkan kenaikan untung bersih sebanyak 30.43% kepada RM176.59 juta untuk 3QFY22 berbanding RM135.39 juta setahun lalu hasil daripada peningkatan prestasi dalam semua segmen perniagaan.

 

Hasil suku tahunan meningkat 43.65% kepada RM373.98 juta daripada RM260.35 juta, kata kumpulan itu, yang terdiri daripada KLCC Property Holdings Berhad (KLCCP) dan KLCC Real Estate Investment Trust (KLCC REIT).

 

Penyumbang terbesar kumpulan itu, segmen pejabat, mencatatkan peningkatan 0.2% dalam hasil kepada RM145.23 juta daripada RM144.94 juta, manakala pendapatan segmen runcit melonjak 96.07% kepada RM133.57 juta daripada RM68.12 juta.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'neutral' dengan harga sasaran (TP) tidak berubah sebanyak RM7.15. - DagangNews.com