Pendapatan teras Malakoff bagi 9MFY22 mengatasi unjuran CGS-CIMB | DagangNews Skip to main content

Pendapatan teras Malakoff bagi 9MFY22 mengatasi unjuran CGS-CIMB

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 30 Nov - Pendapatan teras bagi 9MFY22 Malakoff Corporation Berhad sebanyak RM467 juta adalah melebihi jangkaan CGS-CIMB Research disokong oleh margin keuntungan bahan api yang lebih tinggi daripada jangkaan serta harga arang batu sebenar (ACP). 

 

Firma itu berkata, untung bersih teras 3QFY22 meningkat dengan ketara kesan margin bahan api yang lebih tinggi mengimbangi prestasi lemah di Alam Flora dan impak Cukai Makmur.

 

Katanya, untung teras bersih 3QFY22 meningkat kepada RM285 juta hasil sumbangan lebih tinggi daripada Tanjung Bin Power (TBP) ke atas ACP yang lebih tinggi mengimbangani prestasi lemah Alam Flora (RM24.8 juta) kesan daripada penyelenggaran pengangkutan dengan kos lebih tinggi.

 

"Pada Oktober 2022, Alam Flora menubuhkan kemudahan pengurusan sisa lengai seluas 3.64 hektar di Kuantan bagi menguruskan sisa pembinaan, pengubahsuaian dan perobohan bangunan.

 

"Kemudahan ini dianggarkan dapat menguruskan jumlah sisa sebanyak 120-170 tan sehari.

 

"Kami mendapati bahawa margin bahan api daripada ACP yang lebih tinggi adalah disebabkan oleh kos purata wajaran yang lebih rendah dan kami menyemak naik harga pendapatan sesaham (EPS) antara 3-107% bagi mencerminkan margin bahan api yang lebih tinggi daripada jangkaan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'tambah' dengan harga sasaran (TP) RM1.02 sesaham.

 

Firma itu menyukai kumpulan itu kerana profil pendapatannya yang bertambah baik selain kunci kira-kira yang semakin kukuh selain merupakan penerima manfaat kapasiti tenaga boleh diperbaharui negara.

 

"Bagaimanapun, kumpulan itu berdepan risiko seperti pendapatan yang lebih lemah daripada jangkaan daripada syarikat bersekutu, kerjasama dan gangguan tenaga di loji janakuasa," katanya. - DagangNews.com