PUTRAJAYA 30 Sept - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mewajibkan penjawat awam mengambil vaksin dan perlu segera melengkapkan imunisasi itu sebelum 1 November ini.
Dalam satu kenyataan, JPA memaklumkan setakat ini seramai 16,902 atau 1.6% penjawat awam belum mendaftar bagi mendapatkan pelalian berkenaan.
"Sekiranya penjawat awam masih belum mengambil vaksin selepas tempoh yang ditetapkan tanpa mendapatkan pengecualian daripada pegawai perubatan kerajaan, mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan peraturan semasa yang berkuat kuasa.
"Semua penjawat awam adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993]," kata JPA. - DagangNews.com
BACA JUGA : Apa anda fikir bila Suhakam kata jangan diskriminasi pekerja anti vaksin