Perakaunan untuk dunia lebih baik: 3 peluang pembelajaran dan pembangunan masa depan | DagangNews Skip to main content

Perakaunan untuk dunia lebih baik: 3 peluang pembelajaran dan pembangunan masa depan

Pandemik COVID-19 telah menjejaskan semua sektor, pendidikan adalah antara yang paling teruk terkesan
oleh Sharath Martin

DALAM ekonomi pasca-pandemik, pembangunan bakat adalah pemboleh utama, dengan modal insan menjadi elemen penting dalam pertumbuhan dan pembangunan ekonomi.

 

Walaupun pandemik COVID-19 telah menjejaskan semua sektor, pendidikan adalah antara yang paling teruk terkesan.

 

Pendidikan profesional kini sukar untuk memenuhi permintaan yang berterusan untuk tenaga kerja berkemahiran tinggi dan didorong oleh pengetahuan dengan perubahan dalam model perniagaan dan keperluan bakat, yang dipengaruhi oleh kemajuan teknologi, persekitaran kerja penyesuaian dan tenaga kerja global yang lebih pelbagai

 

Ketika sektor pembelajaran dan pembangunan (P&P) berlumba-lumba untuk mengisi jurang ini, pendidikan profesional dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 4.4 peratus daripada asas 2021 antara £5 trilion hingga £7 trilion (kira-kira RM27 trilion hingga RM38 trilion) menjelang 2030.

 

Kami percaya terdapat tiga peluang penting yang boleh memanfaatkan pendidik, pelajar dan majikan untuk pembangunan kemahiran kewangan - seperti cara membangun dan menyesuaikan keupayaan untuk pelbagai peranan, dengan mengambil kira arah aliran perniagaan yang mungkin menimbulkan peranan baharu dalam masa depan.

 

Dan cara untuk memenuhi populasi pelajar yang jauh berbeza dari segi umur dan budaya - sambil mempertimbangkan peranan teknologi dan inovasi lain untuk memacu kecekapan dalam proses pendidikan dan meningkatkan penglibatan pelajar.

 

Membangunkan keupayaan untuk profesional perniagaan dan kewangan mampan

Laporan terbaharu ACCA, “Membangunkan Kemahiran Perniagaan Mampan dan Profesional Kewangan”, yang berdasarkan maklum balas daripada lebih 800 pelajar, majikan dan pendidik dari seluruh dunia, mendedahkan lebih 70 peratus pendidik dan pelajar bersetuju bahawa pemikiran kritis dan kemahiran digital adalah keupayaan yang paling memerlukan kemajuan dalam program pembangunan semasa, diikuti dengan keupayaan seperti etika dan kemampanan.

 

Hari ini, majikan juga menjangkakan keupayaan komunikasi, kerjasama dan kepimpinan antara kemahiran insaniah lain untuk dimasukkan dalam program pembangunan awal (IPD, initial development programmes), dalam beberapa kapasiti.

 

 

Sharath Martin
                      Sharath Martin

 

 

Bagaimanapun, didorong oleh kekangan sumber majikan dan pendidik, pembelajaran sering tertumpu kepada kejayaan penilaian.

 

Kita perlu meluaskan ruang dan mendorong sempadan baharu dalam P&P untuk membangunkan profesional yang serba lengkap.

 

Sebagai contoh, program pembelajaran gabungan, yang turut merangkumi pembangunan kemahiran yang mantap, pengalaman praktikal dan kerjasama, akan menjadi lebih berleluasa.

 

Kita harus faham bahawa peperiksaan perakaunan profesional mungkin tidak termasuk kerja berpasukan, tetapi keupayaan untuk bekerja dengan baik dalam pasukan akan menyokong keperluan pengalaman praktikal di IPD.

 

Memenuhi kepelbagaian

Sementara persekitaran perniagaan berkembang secara dinamik ini mengubah kemahiran yang diperlukan oleh profesional, terdapat juga persoalan yang ditimbulkan dalam konteks kehidupan bekerja lebih panjang (dengan julat umur orang yang memerlukan pembangunan kemahiran dijangka meningkat daripada 18 kepada 80 tahun dalam tempoh lima tahun akan datang, dan pilihan pembelajaran sepanjang hayat yang boleh menyokong kepelbagaian keperluan pembelajaran dalam kalangan tenaga kerja muda dan tua dalam pelbagai peringkat kerjaya mereka.

 

Pendekatan berbilang peringkat ini, seperti yang disyorkan dalam laporan, memerlukan pemahaman yang mendalam tentang minat dan motivasi pelajar, penggunaan pendekatan berbilang saluran, modular yang boleh diperibadikan agar sesuai dengan pilihan pembelajaran yang berbeza, dan mengandungi elemen yang relevan kepada pelajar, seperti statistik kebangsaan dan/atau serantau bersama dengan rujukan budaya dan sosial, perkara sosial dan alam sekitar.

 

Bagaimanapun, hasil tinjauan menunjukkan bahawa sebahagian besar pelajar merasakan bahawa program semasa tidak menggambarkan dengan secukupnya tujuan dan motivasi mereka untuk pembelajaran mahupun kaedah pembelajaran pilihan mereka atau kecekapan dengan teknologi.

 

Ini merupakan peluang yang luas untuk para pendidik yang dapat memperibadikan program mereka dengan sewajarnya.

 

Memanfaatkan teknologi dan inovasi pendidikan lain

Teknologi harus menjadi pusat kepada operasi dan pengurusan pendidikan, dengan kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin dan gamifikasi yang digunakan untuk meningkatkan penglibatan dan mengemudi keberkesanan pembelajaran.

 

Gamifikasi, terutamanya apabila digunakan bersama AI, membolehkan para profesional memahami dan mempelajari cara mengurus senario yang tidak diingini atau melampau, dan membantu menyerlahkan pemikiran kritis.

 

Hari ini tutor boleh meminta pelajar bermain peranan dalam kumpulan, dengan pelajar mengambil alih peranan yang berbeza dalam senario tertentu, supaya mereka belajar untuk melihat penyelesaian masalah dari perspektif yang berbeza juga.

 

Banyak permainan memerlukan pelajar untuk merenung apa yang telah mereka pelajari dan kemudian membangunkan pelan tindakan.

 

Walaupun pendekatan ini memakan masa dan intensif sumber, ia telah meningkatkan prestasi pelajar dalam peperiksaan Profesional Strategik ACCA.

 

Walaupun AI dan gamifikasi terbukti mewujudkan persekitaran pendidikan yang mengasyikkan, ia sebahagian besarnya merupakan alat P&P yang belum diteroka dan tidak dihargai, menurut penemuan laporan tersebut.

 

Program pembelajaran dan pembangunan masa depan harus memanfaatkan digital dan data untuk menyokong pembangunan pemikir strategik dan kritis.

 

Mereka juga harus mengambil pendekatan mesra pelajar, yang merupakan dimensi penting yang dikenal pasti dalam laporan kami, untuk memenuhi keperluan pelajar individu sambil memacu pencapaian dan keyakinan.

 

Perkara yang paling penting ialah program-program itu sangat boleh disesuaikan dengan ekosistem perniagaan dan kewangan yang sentiasa berubah, bagi memastikan ia terus memupuk kemahiran, keupayaan dan pengetahuan yang relevan yang diperlukan oleh dunia, terutamanya dalam mengharungi masa yang paling teruk.

 

Untuk membantu merapatkan jurang, laporan itu memperincikan lagi cara ke hadapan  bagi pendidik dan organisasi membangunkan program P&P yang sedia masa hadapan. Untuk maklumat lanjut, muat turun laporan penuh DI SINI. - DagangNews.com

 

Sharath Martin adalah Perunding Polisi Kanan, ACCA, ASEAN ANZ