Peralatan baharu KESM Industries akan mula digunakan pada 2QFY23, kata Kenanga Research | DagangNews Skip to main content

Peralatan baharu KESM Industries akan mula digunakan pada 2QFY23, kata Kenanga Research

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 21 Nov - KESM Industries Berhad menjangkakan pelaburannya untuk baharu untuk alatannya akan mula digunakan pada 2QFY23 dan secara beransur-ansur meningkatkan pengunaannya pada 2HFY23.

 

Kenanga Research berkata, majoriti perniagaan untuk perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) dikurangkan sepenuhnya pada 1QFY22 namun kos yang tinggi akan kekal untuk satu atau dua suku akan datang.

 

Katanya, pekerja akan dilatih semula sebelum diserapkan ke dalam perniagaan burn-in.

 

"Hasil bagi 1QFY23 menyusut 23.1% kerana kumpulan itu mengecilkan perniagaan EMS kerana margin keuntungan yang tidak menggalakkan selepas kos bahan meningkat secara berterusan.

 

"Di samping itu, perniagaan teras kumpulan iaitu pembakaran dan ujian automotif turut menyaksikan volum pemuatan yang lebih rendah.

 

"Ini menyebabkan kumpulan melaporkan kerugian bersih sebanyak RM1.5 juta untuk 1QFY23 disebabkan kapasiti yang kurang digunakan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu bagaimanapun menyukai kumpulan itu kerana menjadi proksi kepada prospek positif segmen semikonduktor dan automotif selain menjadi antara penyedia perkhidmatan burn-in dan ujian bebas terbesar di Malaysia yang berpotensi mendapat manfaat daripada pengembangan syarikat multinasional di negara ini.

 

"Bagaimanapun, kami kekal berhati-hati bagi tempoh terdekat kerana kumpulan itu masih dalam fasa penstrukturan semula kapasiti dengan kos bagi satu atau dua suku tahun kewangan belum diserap," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'market perform' dengan harga sasaran (TP) lebih rendah RM6.60 sesaham. - DagangNews.com