Perdana Menteri adakan kunjungan kerja ke ibu pejabat Petronas | DagangNews Skip to main content

Perdana Menteri adakan kunjungan kerja ke ibu pejabat Petronas

KUALA LUMPUR 13 Jan - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan kunjungan kerja ke ibu pejabat Petronas, hari ini.

 

Delegasi Perdana Menteri disambut oleh Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd. Bakke Salleh, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz serta barisan kepimpinan syarikat.

 

Dalam lawatan itu, Ismail Sabri dibawa melawat ke Pusat Kerjasama Digital Petronas untuk taklimat operasi syarikat.

 

"Taklimat itu merangkumi usaha Petronas dalam peralihan tenaga, pembangunan tempatan bagi Industri Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas, serta pendigitalan operasi," kata Petronas dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Turut hadir ialah Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

 

Perdana Menteri turut melawat Dek Tinjau Menara Bekembar Petronas di aras 86 serta Pameran Berkembang Maju Bersama yang memaparkan usaha pembangunan modal insan dan sumbangan tanggungjawab sosial korporat. 

 

pm

 

Lawatan berkenaan berakhir dengan sesi bergambar di Jejantas Udara di aras 42. - DagangNews.com