Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima kunjungan hormat Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Anthony J Blinken di bangunan Parlimen, hari ini. - Gambar Bernama
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com
KUALA LUMPUR 15 Dis - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima kunjungan hormat Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony J Blinken di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Ismail Sabri dan Blinken mengadakan pertemuan kira-kira setengah jam bermula 2.30 petang dan pertemuan itu turut disertai Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Blinken tiba di Malaysia untuk memulakan lawatan kerja dua hari ke negara ini dan Kuala Lumpur adalah persinggahan keduanya sempena lawatannya ke tiga negara Asia Tenggara, lapor Bernama.
AS mula menjalin hubungan diplomatik dengan Malaysia pada 1957.
Washington dan Kuala Lumpur kemudian meningkatkan hubungan dua hala kepada Perkongsian Komprehensif pada April 2014.
Antara Setiausaha Negara AS yang pernah melawat Malaysia ialah Mike Pompeo pada Ogos 2018, Rex Tillerson (2017), Hillary Rodham Clinton (2010) dan Condoleezza Rice (2006). - DagangNews.com